Ahad, 27 Mei 2012

Cenderahati Arctic Ice Energy Drinks Dari Kempen Mialiana.com Untuk DiGi WWWOW Awards 2012

Cenderahati Arctic Ice Energy Drinks Dari Kempen Mialiana.com Untuk DiGi WWWOW Awards 2012

Wow! Memang sedap rasanya. Isz lebih suka pada minuman Arctic Ice yang perasa original. Minuman ini di sponsor oleh Manchester United Arctic Ice Fan Club. Memberikan tenaga yang luarbiasa di waktu letih dan penat.

Memang terbaikkkkk!!!



LOVEEEE the ARCTIC ICE!!! Because of its benefits. The BENEFITS of Arctic Ice ENERGY Drink are: INCREASED ENERGY - Probably one of the most obvious benefits of energy drinks is the energy boost they provide. Since it is in the form of a liquid, these drinks are quickly made available to the body and can increase energy within just a few minutes of ingestion. DECREASED FATIGUE - The benefits of energy drinks includes their ability to stimulate the body and refresh the mind. This is a good option when you've missed sleep but still need to perform well. This is also one of the best supplement for a driver. CONCENTRATION - Many energy drinks increase concentration and overall mental functioning by providing large doses of various B vitamins, especially B12. IMPROVED PERFORMANCE - The result of increasing physical performance is one of the main benefits of energy drinks appreciated by bodybuilders and other serious athletes. SUPPLEMENTATION - Many energy drinks provide vitamins, minerals and herbs to enhance a healthy diet. GAIN A COMPETITIVE EDGE - Due to the benefits of energy drinks such as improved performance and increased energy, many people choose to consume energy drinks as a way to gain a competitive edge during athletic events.

Arctic Ice Energy - The World's Best Tasting & Healthy Energy Drink

Manchester United Arctic Ice Fan Club

>>> Baca Selanjutnya...

Sabtu, 26 Mei 2012

Cenderahati Pendrive dari Kempen Mialiana.com Untuk DiGi WWWOW Awards 2012

Cenderahati Pendrive dari Kempen Mialiana.com Untuk DiGi WWWOW Awards 2012

Yeahhhhh!!! Isz pun dapat juga cenderahati pendrive ini dari kempen Mialiana.com Untuk DiGi WWWOW Awards 2012. Bertambahlah koleksi pendrive Isz. Terima kasih....

Pendrive ini telah di sponsor oleh TCS Global ResourcesSesiapa yang berminat, boleh hubungi Ansel di :


TCS Global Resources
19, Jalan Pembangunan
Taman Desa Rahmat
81200 Johor Bahru, Johor

Tel : 012-7363934 / 016-2104906      
Faks : 07-2352027
Email : tcsglobal@yahoo.com
>>> Baca Selanjutnya...

Isnin, 21 Mei 2012

Isteri Secantik Bulan Purnama



Pada suatu ketika dahulu ada seorang lelaki ingin berkahwin akan tetapi citarasanya cukup tinggi iaitu menginginkan wajah isterinya secantik bulan purnama. Oleh sebab itu dia telah bertaklik jika wajah isterinya tidak secantik bulan purnama maka secara automatiknya talak akan jatuh.

Keluarganya telah memilih seorang gadis untuk dijadikan isteri peneman hidupnya, Orang zaman dahulu tidak melihat bakal pasangan mereka kecuali pada hari perkahwinannya.

Tibalah hari perkahwinan tersebut. Lelaki itu terkejut apabila melihat wajah isterinya, kerana yang diidamkannya tidak menjadi kenyataan.

Bertemulah lelaki tersebut dengan ulama-ulama di dalam negerinya bagi menanyakan sama ada talak yang ditakliknya jatuh atau tidak setelah diceritakan perkara yang sebenar.

Bersidanglah para ulama tersebut bagi mencari jawapan mengenai kekeliruan yang timbul. Setelah bermusywarah beberapa ketika, maka kesemua ulama mengatakan talak yang ditaklikkan jatuh. Namun hanya seorang ulama sahaja yang mengatakan sebaliknya.

Para ulama yang lain kehairanan dan bertanya mengapa berpendapat sedemikian, maka ulama tersebut menyebut firman Allah yang berbunyi ''Sesungguhnya Aku jadikan manusia adalah dari sebaik-baik kejadian" .

Ingatlah ! Manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik dan lebih baik jika dibandingkan dengan bulan purnama .”

sumber : emel
>>> Baca Selanjutnya...

Ahad, 13 Mei 2012

DiGi WWWOW Awards 2012 - Jom Undi Mialiana.com Setiap Hari (Sticky Post)




DiGi WWWOW Awards 2012 - Jom Undi Mialiana.com Setiap Hari (Sticky Post) 

 Jom UNDI Mia Liana.... setiap hari jangan jemu untuk klik butang VOTE tu. 
Cuma ambil masa sekejap sahaja. Jom lah sokong  Mia Liana.

Mengadap facebook atau twitter berjam-jam boleh, takkan VOTE kejap tak boleh..
Mari bantu-membantu sesama blogger.





Cara-Cara Untuk Mengundi 
(Sila klik pada gambar untuk besarkan)


Klik pada Promo Badge untuk undi / vote 

Klik pada butang VOTE NOW 

Paparan Login sama ada nak guna FB ataupun Twitter

 Paparan Login melalui FB. Sila masukkan butiran yang dikehendaki.

 Paparan Login melalui Twitter. Sila masukkan butiran yang dikehendaki.

 Selepas Login, klik pada butang VOTE NOW

Klik butang OK untuk pengesahan.

Butang VOTE NOW bertukar menjadi VOTED. 
Anda telah berjaya undi/vote Mia. Terima kasih ya..





Kempen Mialiana.com ini ditaja oleh :
D'Qalesya Boutique (FB Page)
RSFG DCM (FB Page)
SenyumFM
GomoFM
Manchester United Arctic Ice Fan Club (FB Page)

* entri ini telah dimasukkan pada 26 April 2012 jam 11.10 pagi.
>>> Baca Selanjutnya...

Rabu, 2 Mei 2012

Jenis-Jenis Boss



Hidup bekerja makan gaji memang tak dapat lari dengan perangai boss. Selagi kita bekerja dengan orang lain selagi tu la kita ada boss. Kalau jadi CEO pun ada boss jugak, pemegang saham la bossnya.

Lain la kalau kita ada bisnes sendiri, kitalah yang jadi bossnya. Macam-macam jenis boss ada. Ada yang ok tak kurang jugak yang tak ok. Selalunya yang tak ok tu jer yang kita nampak. Yang ok tu kita buat-buat tak nampak. Biasalah manusia.

Boss jenis "yes boss"
Boss jenis macam ni letih kita dibuatnya. Mana taknya, apa yang boss dia suruh, apa yang boss besar kata, CONFIRM dia akan kata "yes boss" walaupun benda tu tak betul. Yang buat kerjanya kita. Dia senang la, cakap "yes boss' lepas tu yang kena pulun buat kerja kitalah. Yang buat lagi boring, arahan yang dia "yes boss" kan tu semuanya merapu, mengarut, membazir dan takde makna.

Boss jenis tak percaya anak buah
Confirm letih. Mana taknya gila tak percaya tahap gaban punya. Benda-benda kecik pun nak disemaknya satu-satu. Kadang-kadang tu ada yang jenis duduk sebelah kita tengok kita buat kerja macam mana. Perghh stress....

Boss jenis manjang nak cepat 
Memanglah kerja tu kadang-kadang nak cepat siap. Tapi lemas kalau kerja dengan boss jenis ni. Baru je bagi kerja, tak sampai 2 minit tanya kita dah siap belum? Lepas tu dia dok tanya-tanya sampai la kita siap kerja tu. Kot ya pun bagi la masa sikit. Kalau kerja yang perlu analysis etc. tak akan la seminit dua dah siap. 

Boss yang kita tak faham apa yang dia nak
Haaa... bos yang jenis ni memang banyak. Bila time bagi kerja kat kita seolah-olah dia bagi freedom la kononnya You buatlah macamana you rasa elok. Waa macam ok jer bunyinya. Tapi bila kita tunjuk output kat dia, haa macam-macam la katanya. Bukan macam ni yang I nak. Ah sudah! cakap je la awal-awal yang macamana yang dia nak.

Boss jenis tak konsisten
Boss jenis ni memang letih kita. Memang tahan sabar je la. Suruh buat macam ni, jumpa dia sekali dia ubah lak tang lain. Jumpa dia lepas tu lain pulak yang disuruhnya. Aaaa kacau Boss macam ni elok dikurangkan aje berjumpa dengan dia. Baru aman hidup kita. Setiap kali jumpa, setiap kali dia ubah arahan dia.

Boss jenis yang elok dia dapat nama, yang tak elok?
Boss jenis ni pun ramai. Jenis nak selamatkan diri dia jer. Bila ada salah, kena tegur dengan orang atas, dia channel kat kita. Haa tu la you patutnya buat macam ni, bukan macam tu. Padahal semua yang kita buat semua dia dah approve. Ini jenis bos yang nak lari daripada tanggungjawab. Mati hidup balik dia tak kan pikul tanggungjawab dia. Yang elok atau dapat pujian memang dia yang kaut semua. Bab-bab negatif ni semua dia tala kat kita. Silap-silap depan boss besar dia tala kita. Bestt kan ....

Boss yang kerja tak buat tapi mengampu kuat
Boss yang macam ni kalau ikut kata dia, kerja biar strategik. Strategik tengkorak dia... Kalau dah kita jer yang asyik pulun. Dia lepas tangan terus, sibuk duk pulun kayu golf dengan orang2 besar. Orang macam ni memang cepat naik pangkat sebab dia pandai ampu boss besar. Yang dok pulun kerja tak mengampu hmmm.... duduk la kerusi yang sama sampai ke tua.

Boss yang tak nak dengar pendapat orang lain.
Mentang-mentanglah dia boss. Bila dalam meeting tu serupa takde meeting la. Orang start bagi pendapat, dia cantas. Penghabisnya meeting tu semua pendapat dia la yang betul. Orang lain ni pakat cukup syarat jer datang meeting. Dia nak suruh orang dengar dia bercakap, tu jer matlamat dia. 

sumber : emel
>>> Baca Selanjutnya...