Rabu, 26 Disember 2012

Giveaway Mialiana.com



Saya paling suka entri OUM Konvokesyen Ke 13 - Inilah Harinya di Mialiana.com kerana entri ini ringkas serta memberi semangat dan dorongan kepada saya dan pembaca yang lain untuk terus berusaha menuju puncak kejayaan. Kejayaan mia yang bukan sahaja tamat ijazah sarjana muda dengan cemerlang (kelas pertama) malahan turut di anugerahkan  Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA) Award. Ini adalah satu kejayaan yang amat membanggakan kami sebagai follower dan pembaca blog Mialiana.com. Sesungguhnya Juliana Ngahdirin adalah idola dan sumber inspirasi untuk kami semua.



Akhir sekali ucapan Ribuan TAHNIAH !!!!  buat Juliana Ngahdirin @ Mialiana.Com  diatas segala Kejayaan yang di tempa di peringkat Asia dan Global. TAHNIAH !!!! Terhebat diantara yang Terhebat.

3 Orang rakan telah di tag :







>>> Baca Selanjutnya...

Ahad, 25 November 2012

Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com

Assalammualaikum !!!





Jumlah Follower Sekarang  463

Saya suka blog mialiana.com kerana penulisan mia yang iklas dan tulus dari hati. Berkongsi maklumat dan ilmu dengan blogger2 lain tanpa jemu. Blog yang berinfomasi dengan perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Kisah kehidupan seorang Suri rumahtangga, Pelajar  dan Pekerja yang berusaha dengan gigih untuk mencapai cita-citanya. Menjadi contoh dan Idola kepada saya.

p/s : Semoga berjaya dengan cemerlang gemilang dan terbilang.
       

**Tenung tulisan di atas lama-lama kalau tak pening memang handal**Colorfull**



>>> Baca Selanjutnya...

Khamis, 22 November 2012

Teman Pengganti : Black ft Malique Video & Lirik




Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique

(Black)
Ketawa bersama
Menangis pun bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

(Malique)
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

(Black) **
Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

(Malique)
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang (Black) **

(Malique)
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

(Black)
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti



Sertailah Pertandingan Filem Pendek K-Perak! RM25,000 dalam tunai sertai iPad untuk dimenangi!
Dapatkan aplikasi sembang popular di Malaysia PERCUMA muat turun WeChat sekarang! 
Tired of slow smartphone messengers? Try WeChat now with over 1 mil Malaysian users - fast, free and with many features!
>>> Baca Selanjutnya...

Rabu, 22 Ogos 2012

Peringatan Tentang Solat


Renung-renungkan...

Solat itu...
  1. Bukan part-time
  2. Bukan sometime
  3. Bukan no time
  4. Mesti buat full time
  5. Mesti buat on time
  6. Kalau boleh overtime
Sebab mati anytime...
>>> Baca Selanjutnya...

Ahad, 8 Julai 2012

Bicara Pena


Jangan lupa untuk menangis kepada Allah. Meskipun sekarang kita sedang bahagia. Kerana tangisan kepada-Nya bukan hanya di waktu duka. Tetapi juga di saat bahagia. Itulah tanda syukur dan sentiasa mengharapkan rahmat dari-Nya.

Jangan cerita keburukkan orang yang telah lalu sedangkan kini mereka telah bertaubat. Contohnya jangan bercerita perihal orang yang telah berzina di masa lalu jika beliau telah bertaubat kerana itu hanya akan mengaibkannya.

Bersyukurlah kepada Allah kerana dipilih dalam jutaan manusia sebagai salah seorang yang boleh menunaikan solat. Bayangkan betapa ramai manusia diluar sana yang leka dan tenggelam dalam kekufuran. Adakala kita terlupa bahawa dipilih untuk menunaikan solat kepada-Nya juga adalah satu nikmat yang paling besar dalam hidup ini.

sumber : emel
>>> Baca Selanjutnya...

Selasa, 5 Jun 2012

Siapakah Musuh dan Sahabat Iblis?


Siapakah musuh dan sahabat iblis? Kita wajib tahu tentang ini supaya sentiasa beringat dan beribadah kepadaNya. Di sini, Isz nak kongsikan emel yang Isz terima daripada rakan. Renung-renungkan dan selamat beramal...

Musuh-Musuh Iblis
  1. Rasulullah s.a.w. sendiri.
  2. Orang beriman yang pengasih dan penyayang.
  3. Orang beriman yang suka memberi nasihat.
  4. Orang beriman yang sentiasa bertaubat di atas dosanya.
  5. Orang beriman yang berakhlak mulia.
  6. Orang beriman yang banyak bersedekah.
  7. Orang beriman yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai.
  8. Orang beriman yang sentiasa berwuduk.
  9. Orang beriman yang tidak mahu melakukan sesuatu yang haram.
  10. Orang beriman yang mengerjakan solat dengan penuh khusyuk.
  11. Ketua negara atau pemerintah atau imam yang adil.
  12. Orang kaya yang rendah hati.
  13. Peniaga yang jujur dan amanah.
  14. Orang beriman yang beristiqomah dalam membaca al-Quran.
  15. Orang yang bangun solat di waktu tengah malam sedang orang lain tidur.


Sahabat-Sahabat Iblis
  1. Orang kaya yang sombong.
  2. Peminum arak.
  3. Hakim yang tidak adil.
  4. Peniaga yang tidak jujur.
  5. Orang yang tidak mengeluarkan zakat.
  6. Orang yang meringankan solat.
  7. Orang yang memakan harta anak yatim.
  8. Orang yang beramal kerana nama.
  9. Orang yang suka duduk termenung dan mengelamun.
  10. Penghasud dan pendengki bila mana orang lain mendapat kesenangan.

>>> Baca Selanjutnya...

Sabtu, 2 Jun 2012

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
>>> Baca Selanjutnya...

Ahad, 27 Mei 2012

Cenderahati Arctic Ice Energy Drinks Dari Kempen Mialiana.com Untuk DiGi WWWOW Awards 2012

Cenderahati Arctic Ice Energy Drinks Dari Kempen Mialiana.com Untuk DiGi WWWOW Awards 2012

Wow! Memang sedap rasanya. Isz lebih suka pada minuman Arctic Ice yang perasa original. Minuman ini di sponsor oleh Manchester United Arctic Ice Fan Club. Memberikan tenaga yang luarbiasa di waktu letih dan penat.

Memang terbaikkkkk!!!



LOVEEEE the ARCTIC ICE!!! Because of its benefits. The BENEFITS of Arctic Ice ENERGY Drink are: INCREASED ENERGY - Probably one of the most obvious benefits of energy drinks is the energy boost they provide. Since it is in the form of a liquid, these drinks are quickly made available to the body and can increase energy within just a few minutes of ingestion. DECREASED FATIGUE - The benefits of energy drinks includes their ability to stimulate the body and refresh the mind. This is a good option when you've missed sleep but still need to perform well. This is also one of the best supplement for a driver. CONCENTRATION - Many energy drinks increase concentration and overall mental functioning by providing large doses of various B vitamins, especially B12. IMPROVED PERFORMANCE - The result of increasing physical performance is one of the main benefits of energy drinks appreciated by bodybuilders and other serious athletes. SUPPLEMENTATION - Many energy drinks provide vitamins, minerals and herbs to enhance a healthy diet. GAIN A COMPETITIVE EDGE - Due to the benefits of energy drinks such as improved performance and increased energy, many people choose to consume energy drinks as a way to gain a competitive edge during athletic events.

Arctic Ice Energy - The World's Best Tasting & Healthy Energy Drink

Manchester United Arctic Ice Fan Club

>>> Baca Selanjutnya...

Sabtu, 26 Mei 2012

Cenderahati Pendrive dari Kempen Mialiana.com Untuk DiGi WWWOW Awards 2012

Cenderahati Pendrive dari Kempen Mialiana.com Untuk DiGi WWWOW Awards 2012

Yeahhhhh!!! Isz pun dapat juga cenderahati pendrive ini dari kempen Mialiana.com Untuk DiGi WWWOW Awards 2012. Bertambahlah koleksi pendrive Isz. Terima kasih....

Pendrive ini telah di sponsor oleh TCS Global ResourcesSesiapa yang berminat, boleh hubungi Ansel di :


TCS Global Resources
19, Jalan Pembangunan
Taman Desa Rahmat
81200 Johor Bahru, Johor

Tel : 012-7363934 / 016-2104906      
Faks : 07-2352027
Email : tcsglobal@yahoo.com
>>> Baca Selanjutnya...

Follow Saya Di FaceBook Page dan GOOGLE+