Rabu, 31 Ogos 2011

Songkok Hari Raya Tertinggal



Songkok adalah simbol identiti orang Melayu Islam Nusantara (Malaysia,Indonesia,Brunei). Pemakaian songkok telah diterima sebagai budaya Orang Melayu. Pemakaian songkok juga mengambarkan ketinggian sesebuah tamadun khususnya tamadun Melayu. Dengan pemakaian songkok dapat mempamerkan kesantunan dan kehalusan budi pekerti seseorang individu, bangsa dan agama.

Songkok di atas telah di beli pada 2009 dari Indonesia iatu di kepulauan Karimun. Dan songkok ini telah aku hadiahkan kepada bapa mertuaku. Apa yang uniknya songkok nie ia boleh dilipat dan di atasnya terdapat sulaman yang nyaman untuk pengudaraan di kepala. 

Pada persiapan pulang ke kampung isteriku untuk beraya tahun 2011 ini, aku tertinggal songkok aku yang 3-4 jenis di rumahku. Jadinya aku beraya berbaju melayu tak bersongkoklah jawabnya. Pada hari raya pertama aku mengenakan baju melayu tanpa bersongkok, tiba-tiba bapa mertuaku menghulurkan songkok yang aku hadiahkan(gambar diatas) dulu kepada ku. Aku pun rasa terharu dan berterima kasih.
>>> Baca Selanjutnya...

Selasa, 16 Ogos 2011

Jom Pergi Makan-Makan


Pada hari ini Isz berbuka puasa biasa aje sebab nanti malam dah plan nak makan masakan western halal. Tekak teringin pulak nak makan makanan barat. Kedai makanan western yang di maksudkan ialah Mama Chops Papa Grill bertempat di Bandar Baru Uda. Jom rolling....


Depan kedai

Tempat makan yang selesa dan kerusi empuk
Menu makanan western 

Brader tengah amik order

Isz dan Isteri

Black Paper Chicken Chop

BBQ Chicken Chop


Harga yang berpatutan kena dengan rasanya yang enak dan segar. Pada pengetahuan Isz di Taman Universiti Skudai Johor pun terdapat cawangan kedai Mama Chop Papa Grills. Ok senang-senang bolehlah cuba masakkan western di kedai ini. Kalau yang bukan dari johor bolehlah copy alamat di dalam resit dan letakkan fav kat dalam GPS, mesti boleh jumpa punya tempat ini. 
>>> Baca Selanjutnya...

Rabu, 10 Ogos 2011

Selasa, 9 Ogos 2011

Perjumpaan Blogger Johor pada 31 Julai 2011 di StarHill JB - La Stella Water Theme Park.

Perjumpaan Johor Blogger kali ini bertempat di StarHill JB - La Stella Water Theme Park. Tiket masuk pada hari itu (minggu) RM15 seorang. Kanak-kanak bawah 5 tahun dan warga emas 60 tahun keatas adalah percuma. Tempat ini memang best sangat Isz yang dah 5 tahun tak berenang pun teruja. Blogger Johor yang hadir pada hari itu adalah seramai 14 orang sahaja tapi kecoh macam 30 orang sangat meriah. Kalau nak tahu best ke tak tempat tu bolehlah berkunjung ke StarHill JB - La Stella Water Theme Park. Di bawah ini gambar blogger johor yang hadir bersama dengan link blog mereka sekali.

 Ini Isz Ismaildotcom a.k.a Abg Mael

 Juliana Ngah (isteri) a.k.a mialiana
 Sofea (anak)













 Kolam utama untuk orang dewasa

Kolam kedua untuk kanak-kanak

Luncur air untuk kanak-kanak

Walaupun pertama kali jumpa mereka ini semua sangat peramah dan kaki posing macam artis. Gambar di atas di ambil selepas penat bermandi-manda berenang dan berendam. Original tanpa touch-up. Apa pun Isz berharap ramai lagi yang akan hadir pada perjumpaan yang akan datang. Sekian terima kasih.
>>> Baca Selanjutnya...

Sabtu, 6 Ogos 2011

Jom Undi Logo My Rapid Transit (MRT) Ini


Ismail.com nak ajak rakan-rakan semua luangkan sedikit masa untuk mengundi Logo My Rapid Transit (MRT) rakan blogger Ismail.com iatu Mia ini tanpa menggunakan akaun Facebook (yang masih menghadapi masalah). 

Mudah dan senang sahaja hanya perlu mendaftar ke dalam Laman Web MyRapidTransit Logo Contest. Cepat! Buatlah undian sekarang sebelum 11.59 malam 7 Ogos 2011. Sokonglah Mia ya...


Cara-caranya :
2. Buka Emel dari My Rapid Transit dan klik link URL pengesahan pendaftaran.
4. Buka URL Logo di http://www.mrtcontest.com/?p=14873 dan klik "Vote"
5.Jika berjaya, "Vote" akan menjadi "Voted"


Jom lihat Keputusan Semasa di :

Calon Grand Prize
Calon Consolation Prize


p/s: logo MRT Mia berada dalam calon Grand Prize.
>>> Baca Selanjutnya...