Jumaat, 30 Disember 2011

Rombongan Hantar Pinangan Ke Felda Lok Heng

Pada 18 Disember yang lepas, Isz dan isteri telah mengikuti rombongan meminang untuk adik Isz, Cikgu Zulkefli di Felda Lok Heng. Datang untuk merisik dan tunang. Buat simple saja, tiada hantaran. Hanya bawa 2 belah cincin dan kek.

Sempat juga kami beramah mesra bersama keluarga belah perempuan dan berkenalan dengan lebih rapat lagi. Memandangkan tinggal adik Isz yang belum kahwin lagi, memanglah risau juga. Nasib baik dapat bertemu jodoh dengan orang Johor juga. Bila dah kahwin, senang nak balik kampung masa raya nanti. 

Isz dengan isteri


mak dan ayah Isz

Kak Yati (isteri abang Isz), Kak Ngah dan anaknya, Syakirin

adik Izs yang duduk di tengah-tengah ni

mak dan ayah belah perempuan

kotak cincin dan kek





Di harap ikatan pertunangan ini akan berakhir dengan perkahwinan. Setelah selesai semua urusan, kami pula dihidangkan jamuan makanan dan sedap-sedap belaka masakannya. Alhamdulillah, kenyang....
>>> Baca Selanjutnya...

Khamis, 29 Disember 2011

T-shirt Jersi Hot Ticket Hotlink

Tadi petang Isz ke kedai telefon ingin top up broadband prepaid yang akan tamat 30 Disember 2011. Pelik betul, semakin lembap pula sejak-sejak akhir ini, kalau dulu masa  dah habis kuota, masih boleh guna dan laju. Nak sedapkan hati, mungkin musim hujan sekarang ini, line agak slow kot...

Tetiba terpandang pula t-shirt jersi Hotlink bernombor 10. Berkenan, terpaut dan terpikat, terus beli. Harganya RM 10.00 dan dah tinggal sedikit. Ada saiz Isz. Eh! beli terus ajelah.




Dapat juga menambah koleksi t-shirt jersi Isz. Memang favourite betul dengan t-shirt jenis ni.
>>> Baca Selanjutnya...

Isnin, 26 Disember 2011

Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com

Pencarian Blogger Aktif
Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com
25/12/2011 hingga 31/12/2011

Assalamualaikum semua !!! Di sini Isz nak kasi tahu rakan blogger semua . Bermula dari saat ini, tika ini dan detik ini sehingga 31/12/2011, segmen Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com dibuka untuk penyertaan. 

Tujuan segmen ini adalah untuk memudahkan para blogger untuk blogwalking dan merapatkan ukhwah di antara blogger dan boleh menaikkan traffik blog. Hanya 1 klik  1 group sahaja, akan buka 5 blog terus yang amat memudahkan untuk blogwalking. 

Isz mesti masuk segmen ini rugi kalau tak join, banyak faedahnya !!! Jika anda menepati syarat-syarat di bawah, maka blog anda akan disenaraikan di ruangan Mia's Active Bloggers' List. 

Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger.
  2. Buat entri bertajuk Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com
  3. Sila copy coding segmen ini (ada dalam entri Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com) dan masukkan ke dalam entri tersebut.
  4. War-warkan tentang penyertaan anda kepada pengunjung-pengunjung blog anda.
  5. Blog anda wajib ada shoutbox a.k.a kotak menjeritsupaya senang nak tinggalkan jejak.
  6. Anda mestilah seorang yang selalu update blog dan yang rajin blogwalking.
  7. Setelah siap, letakkan URL entri tadi ke dalam ruangan komen entri ini. 
Secara tidak langsung segmen ini turut memotivasikan blogger untuk menjadi lebih aktif dan merapat hubungan antara blogger di masa akan datang.

p/s: Isz akan cuba menjadi blogger yang aktif .
>>> Baca Selanjutnya...

Jumaat, 9 Disember 2011

Pengambilan Program Latihan Kemahiran 2012 GIATMARA


Hari ini Isz ke Pusat GIATMARA Gelang Patah untuk bertanyakan kursus-kursus kemahiran yang di anjurkan. Ada tiga kursus kemahiran yang ditawarkan di GIATMARA Gelang Patah :-

Pendawai Elektrik PEL04 24 Bulan  
         Sijil Profesional GIATMARA
S.K.M Tahap 1/2
Sijil Kekompetenan ST PW2

Elektronik Industri EID16     12 Bulan  
         Sijil Profesional GIATMARA
S.K.M Tahap 1/2

Tek.Sistem Komputer                       TSK15     6 Bulan  
       Sijil Profesional GIATMARA

Antara keistimewaan GIATMARA
  • Anugerah Sijil Profesional GIATMARA Setaraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diiktiraf badan Profesional ( Dalam dan Luar Negara )
  • Program 'Conversion' Untuk Pengwujudan Usahawan Mikro
  • Membantu Mendapatkan Kerja
  • Peluang Melanjutkan Pengajian Diploma/Ijazah
  • Latihan PERCUMA
Kelayakan Pelatih
  • Warganegara Malaysia Sahaja
  • 3M ( Membaca, Menulis & Minat )
  • Berumur 15 Tahun ke atas
  • Sihat Tubuh Badan
  • Tamat Tingkatan 5 ( Pendawai Elektrik )
Borang Permohonan 

Borang-borang permohonan boleh di dapati secara percuma melalui laman web www.giatmara.edu.my atau
datang sendiri ke GIATMARA yang berhampiran kamu.

GIATMARA mudah lagi memudahkan untuk rakyat malaysia. Kursus kemahiran PERCUMA dan Elaun RM200 Sebulan diberikan kepada pelatih yang layak.

Isz memang minat kursus-kursus kemahiran ini, wiring kat rumah pun buat sendiri tapi tak profesional.      

Kepada sesiapa yang berminat jom join. Pengambilan di buka sehingga 30 Disember 2011 mengikut maklumat yang Isz diberitahu. Maklumat lanjut silalah ke GIATMARA berhampiran anda. 

>>> Baca Selanjutnya...

Rabu, 7 Disember 2011

MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY - 5 NAGA


Wow! Isz pun nak join MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY. Hari ini ialah hari terakhir GA yang marvellous ini. Sudah tentunya Isz minat betul dengan cerita aksi lasak, ditambah pula dengan seni grafik komputer terkini. Apatah lagi adegan tembak-menebak dan bom-mengebom. Tentu best!

Tajuk filem yang Isz cadangkan ialah 5 NAGA. Antara kisah sinopsisnya....

sumber gambar dari Google

5 NAGA ..Sebuah filem aksi lasak. Mengisahkan 5 orang remaja jalanan yang nakal yang melibatkan diri dalam jenayah-jenayah ringan. Sehinggalah mereka semua dewasa dan berjaya mendapat kerjaya yang baik dan profesional. Tetapi mereka masih merompak sebagai hobi.

Shahril- pakar kimia, Nash-Pakar Komputer , Amir-Jurutera Mekanikal, Gadafi-Pelumba kereta dan Amar- Pakar senjata.

Rompakan demi rompakan yang dilakukan berhasil dan mereka berlima hidup mewah.

Sehinggalah akhir sekali mereka menculik Perdana Menteri untuk meminta wang tebusan dan membawa padah. Dua sahabat mereka mati, seorang pula koma dan 2 orang lagi di penjarakan.
>>> Baca Selanjutnya...

Jumaat, 11 November 2011

Bila Suami Masak Spaghetti


Sekali sekali suami kenalah masuk dapur juga. Hmmmm... Isz nak masak spaghetti pula kali ini. Bahan-bahan yang diperlukan telah pun dibeli di Giant terlebih dahulu. Bukan senang nak cari spaghetti yang halal, lama jugalah membelek-belek dan akhirnya jumpa San Remo yang ada tanda halal.

Masak spaghetti ini mudah, apalagi dengan menggunakan sos Prego dicampur dengan daging hancur. Memang sedap tidak terkata.

Jom tengok Isz masak di dapur. zass....












Lepas dah siap, apa lagi terus ngapppp masuk ke mulut lah.
>>> Baca Selanjutnya...

Rabu, 26 Oktober 2011

Rabu, 12 Oktober 2011

Selasa, 11 Oktober 2011

Mee Bandung Muar ( Pagoh )

Bila dah penat berjalan mesti nak cari tempat makan yang sedap untuk mengisi perut yang lapar. Pada kali ini Isz nak kongsi sedikit pengalaman. Pada 18 Sept. 2011yang lalu Isz,Mialiana dan Mamat(uncle) ada menghadiri Program SENYAP anjuran ITYM di PWTC Kuala Lumpur, program tamat pada pukul 6 petang. Sedang dalam perjalanan pulang perut terasa lapar dan kami sepakat singgah berhenti makan di Pagoh, Muar.


Mialiana mencadangkan singgah makan di pagoh iaitu di kedai makan Hj.Othman ( Mee Bandung ). Kedai makan Hj. Othman ini kurang lebih 3 kilometer dari plaza tol pagoh. Keluar dari plaza tol belok ke kanan terus kurang lebih 3 kilometer lihat di sebelah kiri selepas simpang ( kalau tak silap sebab hari itu dah malam kurang jelas). Makanan yang istimewa di sini ialah Mee Bandung. Tapi Isz dan Mialiana dah kelaparan sangat kitaorang makan nasi goreng kampung + ayam goreng. Manakala Mamat (uncle) makan Mee Bandung Special punya.

 Nasi Goreng Kampung + Ayam Goreng timbus

Isz sedang menikmati nasi goreng kampung + ayam goreng 


Mamat (uncle) sedang menikmati Mee Bandung Muar Special 

Oleh kerana tempat ini memang popular mee bandung Isz pun membungkus 2 mee bandung untuk bekalan di rumah. Kalau tersalah maklumat korang bolehlah komen....bye.
>>> Baca Selanjutnya...

Jumaat, 23 September 2011

53 Tahun Kemerdekaan Malaysia



Setelah 53 tahun mengecapi kemerdekaan, Malaysia membangun dengan penuh bergaya. Pembangunan yang dicapai begitu pantas dan dinamik. Kekukuhan ekonomi dan perpaduan kaum menjadi kunci kepada keutuhan kemerdakaan yang telah dilalui. Rakyat menikmati agihan kestabilan politik, kemewahan ekonomi dan keadilan sosial yang sama dan seimbang. Pendidikan terus memacu rakyat untuk menjadi bangsa yang moden, beradab dan dihormati. Malaysia harum di pentas dunia sebagai sebuah negara membangun yang maju dan stabil. 





Beberapa mercu tanda seperti projek pengeluaran kereta nasional pertama Proton Saga yang merintis industri permotoran negara, pembinaan Menara Berkembar Kuala Lumpur yang pernah diiktiraf sebagai di Menara Tertinggi Di Dunia, pembinaan Litar Antarabangsa Sepang yang berjaya menaikkan imej negara khususnya dalam penganjuran sukan lumba kereta Formula One selain mengangkat nama Petronas dalam melahirkan tenaga mahir dalam bidang permotoran dan pelbagai lagi mercu tanda dan kejayaan yang dicapai menjadi produk kebanggaan rakyat Malaysia. 




Persediaan menghadapi badai langit terbuka telah dilakukan dengan penubuhan Koridor Raya MultiMedia (Multimedia Super Corridor) agar setanding dengan Lembah Silikon di Amerika Syarikat. Pencapaian rakyat Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila sekumpulan pendaki berjaya menawan puncak Everest pada 15 Mei 1997, berenang merentasi selat Inggeris pada 3 Ogos 2003, ekspedisi penerjunan di kutub utara pada 2003 dan ekspedisi solo menawan benua Anrtartika pada 2004. Pada 10 Oktober 2007, angkasawan Malaysia yang pertama telah dihantar ke Stesyen Angkasa Antarabangsa (ISS).Suara Malaysia didengar di persada antarabangsa apabila suatu ketika, Malaysia mempelopori usaha menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan. Keamanan yang dicapai oleh negara dipohon oleh PBB untuk membawa misi tersebut di negara-negara seperti Congo (1960-1963), Somalia (1993-1994), Bosnia (1993-1998), Kampuchea (1991-1994), Angola (1991) dan Timor Leste (2006). Segala pencapaian cemerlang negara adalah cetusan pemimpin dan aspirasi rakyat yang digembeling bersama untuk menjadi Malaysia benar-benar cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kini segala usaha yang digarap oleh seluruh lapisan rakyat menjadi hadiah yang amat berharga untuk sambutan 53 Tahun Kemerdekaan Malaysia. Menghadapi alaf baru yang penuh cabaran, rakyat Malaysia seharusnya lebih berwaspada. Biarpun suatu ketika dahulu, rakyat digembar-gemburkan dengan penjajahan bentuk baru melalui pengaruh pemikiran, ekonomi, sosial, adat dan budaya, ternyata, kini, penjajahan ke atas negara lemah dan mundur yang suatu ketika dahulu telah lama ditinggalkan oleh manusia bertamadun, kini kembali semula dalam bentuk dan alasan baru. 



Kita juga dikepung oleh ledakan teknologi komunikasi maklumat dan era globalisasi yang menuntut lebih pengorbanan dan tanggungjawab daripada rakyat untuk terus mempertahankan kemerdekaan sedia ada. Dunia tanpa sempadan yang diperkenalkan kepada seluruh rakyat menuntut kita supaya lebih peka dengan persekitaran yang berlaku. Justeru, konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan akan menjadi wadah untuk rakyat membangunkan negara dengan penuh keimanan kepada tuhan, berilmu, kehidupan yang harmoni, agihan kekayaan yang adil, bertamadun dan beretika.




Sumber dari :
http://www.malaysiamerdeka.gov.my




>>> Baca Selanjutnya...

Khamis, 22 September 2011

Erti Kemerdekaan Malaysia



Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. 

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara. 

Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh. 

Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden. 

Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat.

Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.



Sumber dari :
http://www.malaysiamerdeka.gov.my
>>> Baca Selanjutnya...

Rabu, 21 September 2011

Wordless Wednesday


>>> Baca Selanjutnya...

Sejarah Penubuhan Malaysia


Tunku Abdul Rahman dalam satu ucapan beliau di depan Persatuan Wartawan Asing di sebuah hotel di Singapura pada 27 Mei 1961, menggagaskan penubuhan negara Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei Sarawak, dan Sabah. Antara lain, ia bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis, mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepat proses kemerdekaan terhadap Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Singapura menyambut baik idea tersebut manakala Brunei enggan menyertainya. Manakala Sarawak dan Sabah yang mulanya menolak cadangan tersebut akhirnya telah bersetuju apabila diberi jaminan mengenai pemerintahan sendiri. 


Untuk memberikan kebebasan dan keadilan kepada semua pihak, pada 17 Januari 1962 sebuah suruhanjaya yang akan meninjau pandangan penduduk negeri-negeri tersebut telah diumumkan dan dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya itu dianggotai oleh 5 orang ahli, dipengerusikan oleh Lord Cobbold dan dianggotai oleh dua wakil Kerajaan British, Sir Anthonv Abell dan Sir David Watherston, sementara wakil Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula terdiri dari Datuk Wong Pow Nee dan Encik Mohamed Ghazali Shafie. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha. 


Sepanjang Februari-April 1962, Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri daripada parti-pati politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan. Secara keseluruhan, lebih lapan puluh peratus bersetuju dengan gagasan tersebut dan pada 21 Jun 1962, laporan tersebut telah diserahkan kepada kerajaan British.

Kata sepakat telah dicapai antara Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di London. Rundingan tersebut berlangsung selama 2 minggu. Pada 9 Julai 1963, satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Kerajaan British telah diwakili oleh Perdana Menteri Encik Harold Macmillan, Encik Ducan Sandys dan Lord Landsdowne. 


Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula telah diwakili oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Encik Tan Siew Sin, Datuk V.T. Sambanthan, Datuk Ong Yoke Lin dan Dr. Lim Swee Aun. Sabah pula telah diwakili oleh Datuk Mustapha bin Datuk Harun, Encik Donald A. Stephen, Encik W.K.H. Jones, Encik Khoo Siak Chiew, Encik W.S. Holley dan Encik G.D. Sundang. Wakil-wakil dari negeri Sarawak pula terdiri daripada Encik P.E.H. Pike, Temenggung Jugah, Datuk Bandar Abang Haji Mustapha, Encik Ling Beng Siew dan Datuk Abang Haji Openg. Sementara Singapura telah diwakili oleh Encik Lee Kuan Yew dan Encik Goh Keng Swee. Kedua-dua negara bersetuju mengeluarkan kenyataan bersama pada 12hb Julai 1963 iaitu Kerajaan British bersetuju menyerahkan kedaulatan Sabah, Sarawak dan Singapura kepada Kerajaan Malaysia dan Malaysia akan wujud pada 31hb Ogos, 1963.

Ketika ura-ura pembentukan Malaysia menjadi kenyataan, Filipina dan Indonesia menentang keras gagasan tersebut. Filipina mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada wilayahnya manakala Indonesia yang mempunyai perancangan mewujudkan Indonesia Raya telah cuba menggagalkan usaha tersebut dengan lebih keras lagi dengan mengisytiharkan Konfrantasi pada 20 Januari 1963 dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’. Tentera Indonesia dihantar menyusup sempadan Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak serta Johor.  

Cabaran getir yang dihadapi ini tidak mematahkan semangat pemimpin dan rakyat Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah untuk melihat satu negara bersatu. Walaupun perancangan sebenar pengisytiharan akan dibuat pada 31 Ogos 1963, majlis tersebut terpaksa ditangguhkan. Lawrance Michelmore selaku wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi mengadakan tinjuan pandangan penduduk Borneo Utara dan Sarawak. Pada 14 September 1963, laporan telah dikeluarkan yang mengesahkan majoroti penduduk negeri tersebut menyokong penyertaaan dalam Persekutuan Tanah Melayu. Justeru, pada 16 September 1963, gagasan tersebut telah menjadi kenyataan dan lahirlah sebuah kesatuan yang dikenali sebagai Malaysia. 

Pengisytiharan tersebut dibuat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Upacara membaca deklarasi penubuhan Malaysia itu telah dilakukan di hadapan Yang Di Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, dan Sabah. Turut serta dalam upacara itu ialah tiga orang pemimpin dari tiga buah negeri yang baru di dalam Persekutuan Malaysia iaitu En. Lee Kuan Yew, En. Donald Stephens dan En. Stephen Kalong Ningkan. Bagaimanapun, penyertaan Singapura hanya mampu bertahan selama dua tahun apabila terpaksa berpisah pada 1965.




Sumber dari :
http://www.malaysiamerdeka.gov.my

>>> Baca Selanjutnya...

Selasa, 20 September 2011

Di Ambang Kemerdekaan Malaysia



Peristiwa Di Malam Bersejarah

Menjelang malam 30 Ogos 1957, kelihatan jalan-jalan sekitar Bandar Kuala Lumpur dipenuhi dengan kenderaan-kenderaan awam yang membawa bendera Persekutuan Tanah Melayu. Batu Road umpamanya, sesak dengan kereta, bas, beca, basikal serta pejalan-pejalan kaki. Tua dan muda bersama-sama melangkah berpusu-pusu menuju ke Padang Kelab Selangor. Suasana malam penuh meriah diterangi lampu-Iampu hiasan di jalan-jalan dan bangunan sekeliling. Banyak kedai-kedai di sepanjang Batu Road dibuka sehingga larut malam. Sebuah pentas khas didirikan di padang itu dengan dihiasi dengan lampu yang berwama-warni sebagaimana juga di keliling padang. Di tengah-tengah padang terdapat tiga tiang bendera yang mengibarkan bendera UMNO di sebelah kanan, bendera Union Jack di tengah dan bendera Perikatan di sebelah kiri. Manakala berpuluh-puluh ribu rakyat jelata dari berbagai bangsa berkumpul di sekeliling padang sehingga ke jalan raya. Turut hadir pada malam itu ialah perwakilan-perwakilan rasmi, pemberita-pemberita dan jurugambar dari dalam dan luar negara serta Ketua-Ketua Parti Perikatan dari seluruh negeri. 



Rentetan Peristiwa / Acara

10.00 malam
 Di padang, wakil ahli-ahli Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC dari Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Singapura (12 delegasi) mengambil tempat di sekeliling 3 bahagian padang. Barisan hadapan memegang tali dan dengan jarak 6 kaki, seramai 2000 ahli-ahli Pemuda UMNO memegang satu lagi tali.

10.30 malam 
300 Pemuda Perikatan membentuk perbarisan kehormatan mengambil tempat di tengah-tengah padang mengadap Jalan Raja (menara jam). Perbarisan ini diketuai oleh En. Ismail Bontak.

11.55 malam 
YTM Tunku Abdul Rahman diiringi 30 ahli-ahli Perikatan bermotorsikal (15 UMNO, 10 MCA, 5 MIC) dan 2 polis pengiring bermotorsikal (outriders) tiba di Jalan Raja. Perarakan bermotorsikal ini bermula dari rumah kediaman rasmi YTM Tunku Abdul Rahman. Apabila tiba, YTM Tunku telah disambut oleh Dato' Abdul Razak bin Hussein, Encik Saadon Zubir (Ketua Pemuda UMNO), Dato' Sir Tan Cheng Lock (Yang Dipertua MCA) dan V. T. Sambantan (Yang Dipertua MIC). Tunku kemudiannya dibawa ke atas pentas menghadap ke tiga-tiga tiang bendera.

11.58 malam
Semua lampu di padang dan disekelilingnya dipadamkan sehingga seluruh kawasan menjadi gelap gelita. 

12.00 malam 
Lampu dipasang semula apabila jam besar berbunyi menandakan detik 12 malam tiba. Ini diikuti dengan laungan 'Merdeka' oleh orang ramai yang menggegarkan seluruh padang. [secara spontan] 

Sepasukan 12 orang Pemuda dan Pemudi Perikatan yang terdiri dari 6 pemuda dan 6 pemudi (6 UMNO, 4 MCA, 2 MIC) tampil ke hadapan membawa 2 buah dulang. Satu dulang untuk diisi bendera Union Jack yang diturunkan dan sebuah dulang lagi berisi bendera Persekutuan Tanah Melayu. Dulang yang berisi bendera Persekutuan Tanah Melayu dibawa oleh Cik Dasimah Ibrahim yang diikuti oleh Encik Tahir Abdul Majid serta Cikgu Abdul Wahab. 

Bendera Union Jack mula diturunkan oleh Encik Tahir Abdul Majid dengan diringi lagu God Save The Queen yang dimainkan buat kali terakhir sebagai tanda berakhimya pentadbiran British di Tanah Melayu. Penurunan bendera Union Jack disambut dengan tepukan yang bergemuruh dan laungan 'Merdeka' yang menggegarkan seluruh padang. [secara spontan] 

Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan oleh Encik Tahir Abdul Majid dengan diiringi lagu kebangsaan Negaraku yang diperdengarkan buat pertama kalinya kepada umum pada malam bersejarah itu. Setelah bendera Persekutuan Tanah Melayu sampai ke puncak tiang, sorakan 'Merdeka' telah dilaungkan sebanyak tujuh kali. Tunku Abdul Rahman memberikan tabik hormat semasa bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan.

12.10 malam 
Tunku Abdul Rahman menerima tabik hormat dari Barisan Kehormatan Pemuda UMNO, MCA dan MIC dan memeriksa perbarisan dengan diiringi oleh Encik Sardon Zubir. Kemudian Tunku mengelilingi padang dan memeriksa 12 kumpulan rombongan-rombongan UMNO, MCA dan MIC dari negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura. 

Tunku Abdul Rahman mengambil tempat di atas pentas. Pasukan Pemuda Perikatan seramai 24 orang yang diketuai oleh Encik Abdul Majid Othman tampil membawa dulang yang berisi rantai emas yang tergantung padanya sebuah Pingat Emas yang berukir peta Semenanjung Tanah Melayu serta gambar Tunku di dalam peta itu. Di tepi bulatan peta itu, ditulis perkataan Bapa Kemerdekaan Tanah Air, iaitu gelaran yang diberikan oleh UMNO kepada Tunku. 

Kalung emas dikalungkan ke leher Tunku oleh Encik Sardon Zubir diikuti dengan pekikan "Bapa Kemerdekaan Tanah Air" sebanyak tiga kali. 


12.25 malam
Tunku Abdul Rahman berucap.


12.55 malam
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Tuan Haji Massood Hayati.


1.10 malam
Barisan Kehormatan berkawat di hadapan pentas untuk memberi tabik hormat kepada Tunku Abdul Rahman.


1.25 malam
Tunku Abdul Rahman meninggalkan pentas.

1.30 malam
Acara tamat.



Sumber dari :
http://www.malaysiamerdeka.gov.my
>>> Baca Selanjutnya...

Sabtu, 17 September 2011

Rentetan Peristiwa Pengistiharan Tarikh Kemerdekaan Malaysia

01 Januari 1956
Rombongan Rundingan Kemerdekaan
Dari kiri: Datuk Ahmad Kamil, Datuk Dr Ismail, Datuk Hj Abdul Wahab, YTM Tunku Abdul Rahman, Dato' Mohammad Seth, Kolonel Sir H.S. Lee, Dato' Abdul Aziz Majid dan Datuk Abdul Razak Barisan belakang: T.H. Tan(Setiusaha Wakil Perikatan) dan Abdul Kadis Shamsuddin (Setiuasaha wakil Raja-raja)



01 Januari   1956
Rombongan Kemerdekaan bertolak ke Karachi, Pakistan menaiki kapal laut bernama M.V. Asia.


  
01 Januari 1956
Seramai 10,000 orang yang sebilangan besar terdiri daripada ahli-ahli UMNO telah menghantar Rombongan Kemerdekaan di Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura.


 

01 Januari 1956
Keratan Akhbar Melayu, 6 Januari 1956 yang menunjukkan kapal laut M.V. Asia ke Karachi, Pakistan.

Keratan Akhbar Utusan Melayu, Rombongan Kemerdekaan yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman sedang berbincang di Lancaster House.

8 Januari 1956
YTM Tunku Abdul Rahman dan Lennox Boyd(Setiausaha Tanah Jajahan Inggeris) menandatangani Perjanjian Merdeka di London.


20 Februari 1956 (11.00 pagi)YTM Tunku Abdul Rahman yang mengetuai Rombongan Kemerdekaan tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka dengan Malayan Airways.

20 Februari 1956
Rombongan Merdeka yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman disambut oleh lebih kurang 1,000 jawatankuasa penyambut daripada Parti Perikatan semasa tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka.


20 Februari 1956
YTM Tunku Abdul Rahman, Datuk Panglima Bukit Gantang, Toh Muda Hj. Abdul Wahab Abdul Aziz dan Leong Yew Koh telah diarak dengan kereta berwarna hitam bernombor plat M 4442 dari Batu Berendam hingga ke Klebang untuk berehat di rumah Tan Cheng Lock.


20 Februari 1956
Rombongan Kemerdekaan berehat seketika di rumah Tan Cheng Lock di Klebang, Melaka dalam perjalanan dari Batu Berendam ke Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956 (3.30 petang)
Rombongan Kemerdekaan tiba di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956
Orang ramai melaungkan 'Merdeka'setibanya Rombongan Kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.


20 Februari 1956
En Ghafar Baba, mempengerusikan perhimpunan raksasa di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956YTM Tunku Abdul Rahman menjulang keris yang dihadiahkan oleh kaum ibu UMNO Melaka yang diwakili oleh Puan Zainab bt Samdin.

20 Februari 1956
Datuk Abdul Hamid Jumat, Ketua Cawangan UMNO Singapura sedang menyerahkan Peta Persekutuan Tanah Melayu termasuk Singapura pada YTM Tunku Abdul Rahman Putra di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956
Orang ramai mendengar ucapan YTM Tunku Abdul Rahman di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956
Ucapan oleh Datuk Panglima Bukit Gantang, Toh Muda Haji Abdul Wahab di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956
Ucapan wakil MCA Leong Yew Koh di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956
YTM Tunku Abdul Rahman membaca Watikah Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan yang disusun oleh En Senu Abdul Rahman, Tn Syed Nasir Ismail dan ditulis oleh En Ibrahim Mahmood (Pengarang Akhbar Merdeka).

20 Februari 1956
Dr. Ismail (kiri) dan Dato' Abdul Razak (kanan) turut menandatangani pengisytiharan tarikh Kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956
Watikah Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Malayu yang ditandatangani oleh ahli-ahli Rombongan Merdeka di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956
YTM Tunku Abdul Rahman melaungkan 'MERDEKA'.

20 Februari 1956
Rombongan Kemerdekaan berarak keluar selepas mengumumkan tarikh kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.

Keratan Akhbar Utusan Melayu bertarikh 21 Februari 1956.




Sumber dari :
http://www.malaysiamerdeka.gov.my
>>> Baca Selanjutnya...