Kemalangan Oh Langgar lari
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini Isz nak cerita sikit pasal kemalangan yang tidak diminta@langgar lari. Minggu lepas kereta anak saudara Isz kemalangan kecil. Itu lah Isz nak membebel sikit. Anak saudara Isz belajar di Batu Pahat dan pakir di depan Bangunan Tabung Haji Batu Pahat. Selepas habis kelas beliau ke pakir kereta untuk pulang ke asrama. Tiba-tiba di dapati bahagian depan kiri atas tayar telah kemek sehingga ke pintu depan. Peliklah orang sekarang memandu dan parkir kenderaan macam orang tidak ada lesen. Beliau pulang pada hujung minggu di Johor Bahru dan bapa beliau bersama-sama Isz ke kedai mengetuk dan mengecat kereta pada hari sabtu dan jumlah untuk baik pulih sebanyak RM 250. Panas!!Panas!!Panas!! Tak pasal-pasal kena keluar duit sendiri.
Ini lagi satu cerita. Kira-kira 6 bulan yang lalu, kereta Isz pun kena langgar di parkir di depan rumah, kebetulan malam itu Isz keluar dengan kereta kawan dan tiada orang rumah. Balik ke rumah tiba-tiba didapati kereta dah kemek sebelah kanan belakang. Tidak ada orang yang mengaku atau menampilkan diri atau meninggalkan masej. Tanya dengan jiran-jiran pun cakap tak tahu. Ini boleh dikira langgar lari. Tapi pada pendapat Isz yang dah hampir 16 tahun memandu, Kerajaan (JPJ) harus memperketatkan lagi kelulusan untuk mendapatkan lesen memandu kenderaan sebabnya keadaan jalan raya yang semakin ramai@banyak kenderaan sekarang. Kena ubahsyarat dari masa ke semasa. Tapi Isz redha ajelah nak buat macam mana tidak ada orang yang nak mengaku.
Kesimpulannya janganlah menyusahkan orang lain dan mengakulah kesalahan sendiri.
0 comments:
Catat Ulasan