Pada suatu ketika dahulu ada seorang lelaki ingin berkahwin akan tetapi citarasanya cukup tinggi iaitu menginginkan wajah isterinya secantik bulan purnama. Oleh sebab itu dia telah bertaklik jika wajah isterinya tidak secantik bulan purnama maka secara automatiknya talak akan jatuh.
Keluarganya telah memilih seorang gadis untuk dijadikan isteri peneman hidupnya, Orang zaman dahulu tidak melihat bakal pasangan mereka kecuali pada hari perkahwinannya.
Tibalah hari perkahwinan tersebut. Lelaki itu terkejut apabila melihat wajah isterinya, kerana yang diidamkannya tidak menjadi kenyataan.
Bertemulah lelaki tersebut dengan ulama-ulama di dalam negerinya bagi menanyakan sama ada talak yang ditakliknya jatuh atau tidak setelah diceritakan perkara yang sebenar.
Bersidanglah para ulama tersebut bagi mencari jawapan mengenai kekeliruan yang timbul. Setelah bermusywarah beberapa ketika, maka kesemua ulama mengatakan talak yang ditaklikkan jatuh. Namun hanya seorang ulama sahaja yang mengatakan sebaliknya.
Para ulama yang lain kehairanan dan bertanya mengapa berpendapat sedemikian, maka ulama tersebut menyebut firman Allah yang berbunyi ''Sesungguhnya Aku jadikan manusia adalah dari sebaik-baik kejadian" .
Ingatlah ! Manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik dan lebih baik jika dibandingkan dengan bulan purnama .”
sumber : emel
sumber : emel
4 comments:
terimalah keadaan isteri dengan seadanya...
@Mia Liana Betullah tu kena terima seadaanya.
Tertarik dgn entri ini.
Kena terima pasangan seadanya sebagaimana pasangan ikhlas menerima kita.
@Nor Salmi Betul tu kena terima seadaanya kelebihan dan kekurangan pasangan masing-masing. Tetapi setiap kekurangan itu boleh diperbaiki dan kelebihan itu hendaklah dihargai
Catat Ulasan