Khamis, 22 November 2012

Teman Pengganti : Black ft Malique Video & Lirik




Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique

(Black)
Ketawa bersama
Menangis pun bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

(Malique)
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

(Black) **
Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

(Malique)
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang (Black) **

(Malique)
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

(Black)
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti



Sertailah Pertandingan Filem Pendek K-Perak! RM25,000 dalam tunai sertai iPad untuk dimenangi!
Dapatkan aplikasi sembang popular di Malaysia PERCUMA muat turun WeChat sekarang! 
Tired of slow smartphone messengers? Try WeChat now with over 1 mil Malaysian users - fast, free and with many features!

8 comments:

Mummy Akmar berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

Salam Kenal...

Layan jugak video ni..DONE FOLLOW
Saya nak invite semua reader untuk menyertai 1st Giveaway Blog Qashmere

Banyak hadiah-hadiah menarik menanti. Cepat jangan lepaskan peluang.

Thanks

Mrs Velentine berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

suka lagu ni

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

Best jugak layan video klip lagu ni lama-lama....

Lina md. munir berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

Saya suka lagi black ni. Mendalam maksudnya. Menerima kenyataan itu adakalanya pahit tapi itulah yang dinamakan kenyataan.

Secrets of A Teenage Girl berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

best jugak lagu ni.. bila ada lirik baru dpt menghayati lagu ni betul-betul.. xD

Cikgu Fikri berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

sgt suka lgu ni.. lirik dia sedih...

Si Matatajam berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

M suka sgt lagu ni

IsmailDotCom berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

Lirik lagu ini mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat. Hanya penulisnya sahaja yang benar-benar faham.

Catat Ulasan