Isnin, 6 Oktober 2014

Survey Meniaga Burger


Kisah bermula sedang duduk dengan member terbuka pulak idea untuk buka warung/stall burger. Isz call sorang kawan yang dah lama meniaga burger. Dia pun sampai dan kitaorang berbual tentang perniagaan burger. Lepas tu kitaorang pun pergi jalan-jalan survey marketlah konon. 

Tup-tup sampai stall burger tutup sebab Hari Raya Aidiladha. Dapat ambil gambar stall ajelah. Kata member tu nak buka stall burger pun memerlukan modal sekitar RM 10k. Sebuah stall yang seperti diatas tu harganya lebih kurang RM5k (stainless steel), peralatan dapur masak, rak kaca dan peti ais (coleman) pun dah dekat RM 1k. Lepastu takkan nak bergelap Compact Generator Inverter 1Kva pun paling murah RM 1.5k. Kalau guna bateri kereta lampu malap..bisnes pun malap katanya. 

Jadi ada betul jugak nasihat kawan tu. Lokasi pun kena fikirkan juga, keselamatan stall dan kuasa pembeli. Kalau sanggup modal RM 10k boleh cuba. Promosi mesti kuat. Pencahayaan dan dekorasi stall paling penting untuk menarik pelanggan. Lepas tu katanya kena invest sikit untuk uniform dan topi supaya kemas. Amacam berani brader !!!!

0 comments:

Catat Ulasan