Ahad, 4 September 2011

DLink Broadband Celcom Baru WOW !!!

Hari ini Isz teruja sangat sebab Isz baru beli Dlink Broadband Modem dan Celcom Prepaid Broadband yang boleh berinternet di mana jua pada bila-bila masa. Dlink 3.5G HSDPA USB ADAPTER ini Isz beli berasingan dengan Celcom broadband prepaid. Isz memilih Celcom Broadband adalah kerana tempat tinggal Isz hanya boleh menggunakan Celcom Broadband sahaja dan Celcom mempunyai liputan yang luas. Isz gunakan prepaid adalah untuk mengawal kewangan dan perbelanjaan bulanan.

Nak tahu kenapa Isz ambil pakej berasingan DLink ini Isz beli di Kedai Komputer bertempat Taman Univesiti Skudai. Harganya RM1xx sahaja. Ini lebih menjimatkan duit Isz.


Sangat mudah inilah program aplikasi Dlink yang mudah digunakan. Jadi kawan-kawan semua bolehlah cuba menggunakan cara seperti Isz ini untuk lebih nilai wang dan menjimatkan. Selamat Mencuba. Celcom Prepaid tanpa Kontrak, tanpa Komitmen, tanpa Wayar.

6 comments:

Elieda Enterprise berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

Salam tuan rumah, nie bukan nak kondem, tp nak share ajer.... knapa tak cuba Tm cdma - evdo, sebulan hanya bayar rm 77 utk unlimited, guna la byk manapun, dengan kelajuan sehingga 512 kbps....
cuma modem nyer je agak besar, dan perlu plug,

IsmailDotCom berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

Terima kasih Elieda Enterprise, satu cadangan yang bagus juga.

Muhammad Faris berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

menarik jugak yer...

Farah Azurah berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

wahh,bagus laa,..fara follow sini..meh come back to my blog ..http://farahazurah.blogspot.com/ ..selamt hari raya :)

marina anakcikbob berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

wahhh.. bes ni. dlink lebih meyakinkan drpd produk lain tah hapa. huwawei la, watsoever la..

AkuBiomed berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

Saya sudah lama berpisah dengan Celcom broadband kerana ada masalah signal yang selalu tidak stabil.

Wireless broadband ini pun kalau hendak beli kena lihat liputan dan setakat nama besar belum tentu lagi.

Catat Ulasan