Sabtu, 17 September 2011

Rentetan Peristiwa Pengistiharan Tarikh Kemerdekaan Malaysia

01 Januari 1956
Rombongan Rundingan Kemerdekaan
Dari kiri: Datuk Ahmad Kamil, Datuk Dr Ismail, Datuk Hj Abdul Wahab, YTM Tunku Abdul Rahman, Dato' Mohammad Seth, Kolonel Sir H.S. Lee, Dato' Abdul Aziz Majid dan Datuk Abdul Razak Barisan belakang: T.H. Tan(Setiusaha Wakil Perikatan) dan Abdul Kadis Shamsuddin (Setiuasaha wakil Raja-raja)



01 Januari   1956
Rombongan Kemerdekaan bertolak ke Karachi, Pakistan menaiki kapal laut bernama M.V. Asia.


  
01 Januari 1956
Seramai 10,000 orang yang sebilangan besar terdiri daripada ahli-ahli UMNO telah menghantar Rombongan Kemerdekaan di Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura.


 

01 Januari 1956
Keratan Akhbar Melayu, 6 Januari 1956 yang menunjukkan kapal laut M.V. Asia ke Karachi, Pakistan.

Keratan Akhbar Utusan Melayu, Rombongan Kemerdekaan yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman sedang berbincang di Lancaster House.

8 Januari 1956
YTM Tunku Abdul Rahman dan Lennox Boyd(Setiausaha Tanah Jajahan Inggeris) menandatangani Perjanjian Merdeka di London.


20 Februari 1956 (11.00 pagi)YTM Tunku Abdul Rahman yang mengetuai Rombongan Kemerdekaan tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka dengan Malayan Airways.

20 Februari 1956
Rombongan Merdeka yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman disambut oleh lebih kurang 1,000 jawatankuasa penyambut daripada Parti Perikatan semasa tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka.


20 Februari 1956
YTM Tunku Abdul Rahman, Datuk Panglima Bukit Gantang, Toh Muda Hj. Abdul Wahab Abdul Aziz dan Leong Yew Koh telah diarak dengan kereta berwarna hitam bernombor plat M 4442 dari Batu Berendam hingga ke Klebang untuk berehat di rumah Tan Cheng Lock.


20 Februari 1956
Rombongan Kemerdekaan berehat seketika di rumah Tan Cheng Lock di Klebang, Melaka dalam perjalanan dari Batu Berendam ke Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956 (3.30 petang)
Rombongan Kemerdekaan tiba di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956
Orang ramai melaungkan 'Merdeka'setibanya Rombongan Kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.


20 Februari 1956
En Ghafar Baba, mempengerusikan perhimpunan raksasa di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956YTM Tunku Abdul Rahman menjulang keris yang dihadiahkan oleh kaum ibu UMNO Melaka yang diwakili oleh Puan Zainab bt Samdin.

20 Februari 1956
Datuk Abdul Hamid Jumat, Ketua Cawangan UMNO Singapura sedang menyerahkan Peta Persekutuan Tanah Melayu termasuk Singapura pada YTM Tunku Abdul Rahman Putra di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956
Orang ramai mendengar ucapan YTM Tunku Abdul Rahman di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956
Ucapan oleh Datuk Panglima Bukit Gantang, Toh Muda Haji Abdul Wahab di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956
Ucapan wakil MCA Leong Yew Koh di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956
YTM Tunku Abdul Rahman membaca Watikah Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan yang disusun oleh En Senu Abdul Rahman, Tn Syed Nasir Ismail dan ditulis oleh En Ibrahim Mahmood (Pengarang Akhbar Merdeka).

20 Februari 1956
Dr. Ismail (kiri) dan Dato' Abdul Razak (kanan) turut menandatangani pengisytiharan tarikh Kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956
Watikah Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Malayu yang ditandatangani oleh ahli-ahli Rombongan Merdeka di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956
YTM Tunku Abdul Rahman melaungkan 'MERDEKA'.

20 Februari 1956
Rombongan Kemerdekaan berarak keluar selepas mengumumkan tarikh kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.

Keratan Akhbar Utusan Melayu bertarikh 21 Februari 1956.




Sumber dari :
http://www.malaysiamerdeka.gov.my

12 comments:

mohd syuib bin khalim berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

suke sangt...

IsmailDotCom berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

@mohd syuib bin khalim
Terima Kasih

Amanda Eltiqaz berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

wah..sangat bersemangat waja. =D

dyg berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

thx share dis.,klu la bljr sejarh dl semudah ini.,senang fhm.,

IsmailDotCom berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

@Amanda Eltiqaz
Semangat yang perlu ada pada setiap rakyat Malaysia.

IsmailDotCom berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

@dyg
Betul tuh, ada sedikit gambar dan ringkas.

Janggel berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

thanks for sharing!

IsmailDotCom berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

@Janggel
Welcome, thanks you.

zaharonizal berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

terima kasih. mahon menggunakan juga untuk tujuan pendidikan di sekolah tempat saya mengajar. terima kasih

Ismail Md Salleh berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

Ok tiada masaalah...

zaharonizal berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

En. Ismail, sekirannya saya ingin mendapatkan gambar -gambar ini ( salinan softcopy) bagaimanakah caranya.
Saya dalam proses membina laluan patriotik di sekolah saya bertugas sekarang. sebab takut gambar yang ada jika di cetak tidak akan memberikan mutu yang cantik. Kerjasama daripada tuan amat saya hargai
Zaharonizal Othman
SK Felda Chemomoi
Felda Chemomoi, Pahang.

Ismail Md Salleh berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

Sila rujuk sumber asal dari http://www.malaysiamerdeka.gov.my semua gambar dan penulisan dari sumber diatas.

Catat Ulasan