Sabtu, 3 Mac 2012

Trend Meletak Anak Patung Di Bumper Kereta...‏

Korang pernah tak ternampak kereta yang meletakkan anak patung / teddy bear di bawah bumper kereta seperti gambar di bawah nie?



Dan adakah anda tahu mengapa sebabnya kebanyakkan orang suka letak teddy bear nie di bawah bumper kereta.. Adakah ianya satu trend atau mempunyai agenda-agenda tersirat? Jom ikuti kisah yang kami sempat rakam daripada sebuah Forum terkenal iaitu Cari.Com.My

Assalamualaikum wbt.

No, I’m not gonna apologize for making too few blogposts. Haha! Busy la, busy.

Ni pun kerana internet tak elok, boleh la menulis sekejap.
Apa-apapun, saya teringat suatu perbualan dengan abang saya semasa traffic jam di lebuhraya. Pelbagai jenis kereta lalu melepasi kami dan abang pun bertanya,

“Ha awak tahu tak, kenapa orang selalu letak anak patung bawah kereta dia?”
Saya lihat ada kereta lalu di hadapan, dengan anak patung Spongebob. Banyak dah orang buat, especially kereta sport. Ada tasmania devil, sylvester, tweety, pendek kata semua soft toy. kadang-kadang sampai buruk pun ada. Kesian tengok (ye la dulu mak ayah pun jarang belikan anak patung, mereka ni beli senang-senang letak bawah kereta. Jeles!).
“Entah la,” saya duga. “Mungkin, nak bumikan elektrik semasa kilat kot?”
“Salah…”
“Habis tu kenapa?”



“Sebab, ni budaya orang Thailand. Orang sana percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat dia mati. Takut nanti dia menganggu orang yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka pasang anak patung. Supaya roh kanak-kanak tu happy.”

“La ye ke,” kata saya. “Patutlah time saya pergi Bangkok dulu, diorg buat shrine tepi jalan. Kata tourist guide, kalau orang tu mati kat situ, buat kuil kat situ. Dia jadi penjaga jalan tu.”

“Ha tulah, orang kita ni suka ikut saja budaya luar. Asal cute je buat. Tak fikir pun sebabnya.”

Bila Google di sini saya mendapati perkara yang sama. Di sini pula, halaman blog pelancongan Thailand ni pula mengatakan bahawa trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Fuh, nasib baik saya pun tak buat. Aduh, tengok, nanti rosak pula akidah percaya pada roh anak patung. Hari tu terfikir juga, comelnya kalau letak anak patung sebiji. Kuma-kuma ke, powerpuff girls ke. Kenapalah saya tak tanya dulu.

Kini dah tahu bukan? So janganlah tiru trend cenggini.. lagipun buat apelah letak anak patung kat bumper kereta tue.. xcantik pun...

sumber : emel

4 comments:

aku inilah berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

nak ikut pasal suka dan tak tahu aal usul..

x pasal2..jer

adza irdawati berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

betul tu.. org kita asal nak ikut je budaya org lain tanpa usul periksa.. bahaya betul tu kan...

Zamani berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

ape kehe la ni... huhu

tunz berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

oo mcm tu ker...hal ini patut disebarkan..org kita ni suka tiru apa shj budaya tanpa usul periksa...nauzubillah...

Catat Ulasan