Selasa, 5 Jun 2012

Siapakah Musuh dan Sahabat Iblis?


Siapakah musuh dan sahabat iblis? Kita wajib tahu tentang ini supaya sentiasa beringat dan beribadah kepadaNya. Di sini, Isz nak kongsikan emel yang Isz terima daripada rakan. Renung-renungkan dan selamat beramal...

Musuh-Musuh Iblis
  1. Rasulullah s.a.w. sendiri.
  2. Orang beriman yang pengasih dan penyayang.
  3. Orang beriman yang suka memberi nasihat.
  4. Orang beriman yang sentiasa bertaubat di atas dosanya.
  5. Orang beriman yang berakhlak mulia.
  6. Orang beriman yang banyak bersedekah.
  7. Orang beriman yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai.
  8. Orang beriman yang sentiasa berwuduk.
  9. Orang beriman yang tidak mahu melakukan sesuatu yang haram.
  10. Orang beriman yang mengerjakan solat dengan penuh khusyuk.
  11. Ketua negara atau pemerintah atau imam yang adil.
  12. Orang kaya yang rendah hati.
  13. Peniaga yang jujur dan amanah.
  14. Orang beriman yang beristiqomah dalam membaca al-Quran.
  15. Orang yang bangun solat di waktu tengah malam sedang orang lain tidur.


Sahabat-Sahabat Iblis
  1. Orang kaya yang sombong.
  2. Peminum arak.
  3. Hakim yang tidak adil.
  4. Peniaga yang tidak jujur.
  5. Orang yang tidak mengeluarkan zakat.
  6. Orang yang meringankan solat.
  7. Orang yang memakan harta anak yatim.
  8. Orang yang beramal kerana nama.
  9. Orang yang suka duduk termenung dan mengelamun.
  10. Penghasud dan pendengki bila mana orang lain mendapat kesenangan.

1 comments:

Catat Ulasan