Khamis, 31 Oktober 2013

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday Throwback Thursday



posted from Bloggeroid

>>> Baca Selanjutnya...

Khamis, 24 Oktober 2013

Gift Voucher AEON Jusco

Alhamdulillah syukur Isz mendapat hasil dari berbelog berupa Gift Voucher AEON Jusco. Tidaklah banyak tapi Alhamdulillah syukur. Isz merancang esok petang untuk menggunakannya sebaik mungkin membeli-belah di AEON Jusco Bukit Indah, Johor.


Isz ingat nak cari sehelai kemeja yang bercorak-corak sikit. Kemeja itu Isz nak pakai untuk Jemputan Majlis Makan malam pada hari sabtu ini di KL. Semoga esok Isz dapat menemui kemeja yang berkenan di hati






Insyak'allah kalian doakan perjalanan isz ke kuala lumpur pada hari sabtu ini selamat pergi dan balik. Amin.

posted from Bloggeroid

>>> Baca Selanjutnya...

Rabu, 23 Oktober 2013

Hari Terbuka SEDA Bersama Blogger

Pada hari ahad pagi minggu lepas Isz mendapat jemputan dari SEDA (Sustainable Energy Development Authority Malaysia) Hari Terbuka SEDA Bersama Blogger bertempat di Hotel Berjaya Times Square. Tujuan dan matlamatnya adalah untuk menghebahkan tentang kewujudan SEDA, fungsinya serta kempen-kempen yang dilaksanakan oleh pihak SEDA.

Banyak betul maklumat yang baru Isz tahu tentang Tenaga Boleh Baharu (TBB/RE), Tarif Galakan (FiT) dan Kecekapan Tenaga (EE). Panduan penggunaan tenaga elektrik dengan cekap di rumah dan pejabat. Tip-tip pemilihan peralatan elektrik dirumah dan panduan penjimatan bil elektrik serta cara-cara pengiraan jumlah penggunaan elektrik.










Gambar 1, Logo SEDA. Gambar 2, Isz bersama CEO SEDA YBhg. Datin Badariyah Abd. Malek. Gambar 3 CCO SEDA Dr. Wei Nee-Chen. Gambar 4 Kumpulan blogger dan kakitangan SEDA. Akhir kata "Hargailah tenaga elektrik dan gunakannya dengan cekap".


posted from Bloggeroid

>>> Baca Selanjutnya...

Selasa, 22 Oktober 2013

Makan Buah-Buahan Dahulu

Memang dah jadi tabiat Isz kalau makan buffet di hotel Isz akan mencari buah-buahan dahulu sebelum makan makanan yang lain. Sesuai dengan ajaran Nabi Muhammad S.A.W.









Selepas makan buah-buahan barulah Isz makan makanan lain yang berat sikit. Dan penutupnya atau pencuci mulut Isz sudahi dengan waffer dan Ice cream. Yum...yum Jemput makan semua.

posted from Bloggeroid
>>> Baca Selanjutnya...

Isnin, 21 Oktober 2013

Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 21 Oktober 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
>>> Baca Selanjutnya...

Selsema Dan Sakit Kepala

Hari ini, semalam dan kelmarin cuaca di KL tak menentu dan kekadang sering hujan. Keadaan cuaca begini membuatkan Isz terkena selsema dan sakit kepala. Semalam selepas shopping di Sogo badan dah rasa tak sedap dan selsema. Aduhai orang lepas shopping mesti happy tapi Isz sebaliknya pula. Semasa perjalanan pulang ke hotel di kawasan chow kit Isz singgah ke sebuah kedai jamu untuk mencari penawar/ubat. Inilah ubat-ubatnya.






Isz dicadangkan oleh penjaga kedai jamu untuk mengambil ubat-ubatan seperti diatas. Mula-mula minum Adem sari dahulu selepas 30 minit baru makan ubat Mixagrip dan Antangin. Mula-mula macam tak confident sahaja. Kerana dah sakit Isz pun ikut ajelah dah tak ada pilihan . Tapi macam biasalah pastikan dulu tarikh luput ubat sebelum beli. Jom makan ubat lepas itu tidur.

posted from Bloggeroid
>>> Baca Selanjutnya...

Ahad, 20 Oktober 2013

Sogo Oh Sogo

Semalam Isz masih berada di KL. Dan setiap kali ada kelapangan di KL pasti Isz akan mencuci mata ke pusat membeli belah Sogo. Kerana di Sogo selalu ada jualan murah diskaun sehingga 70% wow.






Sedang jalan-jalan di Sogo terlihat pula bahagian pakaian lelaki ada diskaun. Isz terus sambar 3 helai kemeja lengan pendek. Memang puas hatilah. Harga kemeja seratus lebih selepas diskaun hanya rm59.90. Jom shopping.

posted from Bloggeroid
>>> Baca Selanjutnya...

Sabtu, 19 Oktober 2013

Nasi Goreng Iraq

Isz nak kongsi sikit tentang makanan. Tempoh hari Isz ke KL biasalah ada kerja sikit dekat KL. Sampai dah malam perut pun dah lapar, jadi singgahlah kat satu restoran melayu. Tengok saja menu mulalah pening. Isz paling suka menu yang pelik ini untuk dicuba. Nasi Goreng Iraq entah mana chef restoran ini dapat idea.






Emm yum yum. Jemput makan semua. Mengikut penilaian tekak Isz oklah boleh tahan sedap juga Nasi Goreng Iraq ini.

posted from Bloggeroid

>>> Baca Selanjutnya...

Khamis, 17 Oktober 2013

Gambar BMW M3 E92



Hahaha.... Berangan je tahunya. Dapat tengok BMW M3 E92 dari gambar pun jadilah.

Pandang hari-hari.... mana tahu esok lusa tersangkut ke....

posted from Bloggeroid

>>> Baca Selanjutnya...

Selasa, 15 Oktober 2013

Selamat Hari Raya Haji



Selamat Hari Raya Haji. Isz sambutnya dengan keluarga Isz di sini. Tidak balik rumah keluarga mertua. Tahun lepas dah sambut kat sana.

Selamat berkorban.... Tumbangkan lembu dan kambing. Juga berhati-hati di jalan raya.

posted from Bloggeroid

>>> Baca Selanjutnya...

Jumaat, 11 Oktober 2013

Hati Kita Milik Allah



Bila rasa sedih...
Berbaliklah pada Allah...

Bila rasa keliru...
Berbaliklah pada Allah...

Bila gembira...
Berbaliklah juga pada Allah

posted from Bloggeroid

>>> Baca Selanjutnya...

Jumaat, 4 Oktober 2013

Jaga Amalan Dan Perbuatan



Jagalah kata-kata, tulisan kita dan sebagainya.

Jangan sampai dosa, rugi, sia-sia, buat amalan pun buta sahaja.

Ingat senang ke... nak minta maaf?

- Ustaz Mohd Kazim Elias -

posted from Bloggeroid

>>> Baca Selanjutnya...