Isnin, 21 Oktober 2013

Selsema Dan Sakit Kepala

Hari ini, semalam dan kelmarin cuaca di KL tak menentu dan kekadang sering hujan. Keadaan cuaca begini membuatkan Isz terkena selsema dan sakit kepala. Semalam selepas shopping di Sogo badan dah rasa tak sedap dan selsema. Aduhai orang lepas shopping mesti happy tapi Isz sebaliknya pula. Semasa perjalanan pulang ke hotel di kawasan chow kit Isz singgah ke sebuah kedai jamu untuk mencari penawar/ubat. Inilah ubat-ubatnya.






Isz dicadangkan oleh penjaga kedai jamu untuk mengambil ubat-ubatan seperti diatas. Mula-mula minum Adem sari dahulu selepas 30 minit baru makan ubat Mixagrip dan Antangin. Mula-mula macam tak confident sahaja. Kerana dah sakit Isz pun ikut ajelah dah tak ada pilihan . Tapi macam biasalah pastikan dulu tarikh luput ubat sebelum beli. Jom makan ubat lepas itu tidur.

posted from Bloggeroid

0 comments:

Catat Ulasan