Ahad, 9 November 2014

Dataran Bandaraya Johor Bahru - Suasana Malam

Dataran Bandaraya Johor Bahru memang tak asing untuk penduduk johor bahru dan rakyat johor. Terletak di hadapan hotel Thistle dan bersebelahan dengan Hospital Sultanah Aminah. 


Pada sebelah malam tempat ini sangat meriah. Terdapat dua buah skrin lcd besar untuk tontonan umum. Yang paling best ramai ibu bapa membawa anak-anak kecil bermain permainan berlampu disini. Terdapat juga peniaga menjual barangan mainan elektronik disini.


Antara permainan yang popular di malam hari disini ialah buih sabun@belon sabun, kereta kawalan jauh, berbasikal dan bermacam - macam aktiviti kegemaran kanak-kanak.


Sehingga pukul 12 malam pun masih terdapat kanak-kanak bermain dan ibu bapa memerhatikan gelagat anak-anak. Ibu bapa yang ingin membawa anak-anak bermain di sini digalakan membawa wang lebih kerana anak-anak kecil akan ghairah melihat alat mainan yang dijual disini.


Boleh juga bawa mainan sendiri seperti basikal, kereta mainan, skeetboard dan lain-lain.


Jam besar di menara jam menunjukkan hampir 12 malam dan keadaan masih meriah.


Akhir sekali di tepi dataran bandaraya ini juga terdapat banyak gerai-gerai makanan dan minuman. Diantara makanan yang terdapat disini ialah steamboat, tahu bakar, bakso, otak-otak dan berbagai-bagai lagi. Harga standard boleh tahan. 

2 comments:

Sya Mimie berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

Klau dtng time cuti mmng best ni. Blik lewat pun x kisah tkut terlajak bngun sbb letih.. :)

Ismail Md Salleh berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

Yup mimie .... Untuk keseronokan anak2

Catat Ulasan