Khamis, 13 November 2014

Kedai Dobi Layan Diri 24 Jam


Assalammualaikum w.b.t. Musim hujan kembali melanda negara kita ( musim tengkujuh). Pakai di jemur tak kering, jadi jalan mudah ialah menggunakan mesin pengering di kedai dobi layan diri 24 jam.

Tentu ramai ibu bapa, suri rumahtangga dan bujang teruna dara yang menggunakan perkhidmatan kedai dobi layan diri 24 jam. Jika sesiapa yang ingin menggunakan perkhidmatan ini tak perlulah bawa duit syiling 50sen. Di setiap kedai dobi ada menyediakan mesin tukar duit syiling. Lebih baik bawa wang kertas RM1 kerana jika syiling habis, anda terpaksa menunggu customer servis sampai untuk mendapatkan duit anda. Contoh anda memasukkan wang kertas rm10, tiba-tiba hanya dapat rm7 sahaja syiling 50sen. Jadi baki rm3 anda terpaksa menelifon customer servis untuk mendapatkan balik rm3. Jarang-jarang berlaku.


Digalakkan pelanggan membawa bakul atau plastik lebih kerana pakaian yang telah kering akan mengembang. Jika tak terus dilipat mesti bakul tak muat. Tak usah bimbang kerana disini pun ada menjual plastik beg.


Sabun pencuci dan pelembut pakaian  tak perlu bawa kerana ada dijual disini dan sesuai untuk mesin basuh ini. Sebaik-baiknya pelanggan menggunakan sabun  pencuci dan pelembut pakaian yang dijual di kedai dobi. Kalau bawa sendiri sabun dan pelembut pakaian jangan tuang banyak-banyak, ikut sukatan. Nanti menggangu kualiti membilas pakaian kerana terlebih sabun.


Isz hanya menggunakan mesin pengering sahaja sebab di rumah sudah ada mesin basuh dan masih elok dan berfungsi. Selalunya isz akan guna mesin pengering pada musim hujan sahaja. Mesin pengering pakaian ini akan membuatkan pakaian kita terus kering dan boleh dilipat. Tapi hati-hati dan ikut arahan. High Temp untuk pakaian tebal seperti jeans. Medium Temp untuk pakaian biasa dan Lower Temp untuk pakaian seperti jersi. Jika kain seperti jersi di keringkan dengan High Temp, jersi tersebut akan mengecut dari size XL ke saiz S... Huhuhu.


Mesin pengering ini double deck, jadi ikut arahan cara penggunaan. Mula-mula masukkan pakaian. Pilih atas atau bawah, jika atas pilih suhu (temp) di atas . Ada dua atas dan bawah jangan silap. Kerana atas dan bawah tempat masuk duit syiling 1 lubang yang sama. Disini standard rm4 untuk 24 minit, iatu 8 keping syiling 50sen kalau nak lebih tambah lagi. Sekarang di Jaybee kedai dobi layan diri 24 jam banyak dibuka. Yang isz pernah pergi di taman universiti, taman tun aminah dan bandar baru uda. Sekian terima kasih selamat mencuba.

8 comments:

TunSha Ayunie berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

sha kalau takde mesin basuh, hasben la yang tolong basuh manual walaupun dia oku.. hehe

Ismail Md Salleh berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

Ala sianya husben basuh manual.... Penat tu.

Nao Mei berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

Cik akak basuh manual je....spin je guna mesin basuh..hihi..tak pernah hantar kat dobi lagi nie..tak percaya sangat hasil cucian depa..

Sya Mimie berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

Stkat ni kt umh mmng pkai mesin auto. Blm lg terlintas nk mencuci di dobi.. Lgpun pkaian x bnyk sngt.. Tp bgus juga ada servis mcm ni. Klau mesin basuh rsak masih blh cuci dgn msin..

Ismail Md Salleh berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

Basuh pakaian sendiri aje, musim hujan isz cuma guna mesin pengering aje terus kering pakaian dan boleh dilipat cik àkak

Ismail Md Salleh berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

Yup isz pun guna mesin auto, cuma musim hujan guna mesin pengering di dobi self servis

Invisible Me berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

Mudah dan senang.

Ismail Md Salleh berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

Yup betul tu....mesin basuh biasa tak boleh terus keringkan pakaian. Nak jemur tak kering musim hujan

Catat Ulasan