Selasa, 14 Mac 2017

Buat Karipap dengan Cara Mudah

Buat Karipap dengan Cara Mudah


Bahan2 dan Cara buat
Kulit Karipap

Tepung gandum 800gm
Air dikacau bersama 1sudu teh garam

Minyak masak 1/2 cawan di panaskan
Tuang minyak panas tadi pada tepung dan kacau bagi rata2...sila guna sudu

Kemudian Uli...Masukkan air garam sedikit demi sedikit sambil uli tepung tadi. Uli sehingga rata dan sebati...tidak terlalu keras dan terlalu lembik. Biarkan rehatkan Tepung yang di uli tadi 2-3 jam.

Bahan2 Buat Inti Karipap kentang
2 Biji Bawang Besar *
2 Biji Bawang Putih *
1 Inchi Halia *
Sedikit Ikan Bilis *
Daun sup
Kentang 8 biji di potong dadu
Rempah kari ikan
Air dan garam
Minyak untuk menumis
*tumbuk atau blender sehingga halus*

Cara-Caranya
Tumis bahan2 yang dikisar tadi sehingga wangi. Masukkan Serbuk kari ikan digaul bersama air tadi. Teruskan tumis sehingga wangi. Masukkan kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Masukkan secawan air. Masak sehingga kentang empuk... Masukkan garam dan akhir sekali daun sup... Masak sehingga air kering.
Nak lebih sedap boleh juga ditambah daging kisar.

Inti Karipap Kentang yang telah siap

Tepung yang di Uli tadi dibuat bulat2 kecil supaya senang nak lenyek.

Kulit di leperkan dan diletak pada pencetak dan diisikan inti padat2 supaya tak jadi karipap inti angin...kihkih

Dah siap !!!! Boleh di simpan atau terus goreng... Isz terus goreng n ngap...yumyum

Goreng dengan api sederhana dan selalu paling ...api jgn kecil sangat nanti karipap berminyak... Yuk Makan... Yumyum

0 comments:

Catat Ulasan