Rabu, 31 Ogos 2011

Songkok Hari Raya Tertinggal



Songkok adalah simbol identiti orang Melayu Islam Nusantara (Malaysia,Indonesia,Brunei). Pemakaian songkok telah diterima sebagai budaya Orang Melayu. Pemakaian songkok juga mengambarkan ketinggian sesebuah tamadun khususnya tamadun Melayu. Dengan pemakaian songkok dapat mempamerkan kesantunan dan kehalusan budi pekerti seseorang individu, bangsa dan agama.

Songkok di atas telah di beli pada 2009 dari Indonesia iatu di kepulauan Karimun. Dan songkok ini telah aku hadiahkan kepada bapa mertuaku. Apa yang uniknya songkok nie ia boleh dilipat dan di atasnya terdapat sulaman yang nyaman untuk pengudaraan di kepala. 

Pada persiapan pulang ke kampung isteriku untuk beraya tahun 2011 ini, aku tertinggal songkok aku yang 3-4 jenis di rumahku. Jadinya aku beraya berbaju melayu tak bersongkoklah jawabnya. Pada hari raya pertama aku mengenakan baju melayu tanpa bersongkok, tiba-tiba bapa mertuaku menghulurkan songkok yang aku hadiahkan(gambar diatas) dulu kepada ku. Aku pun rasa terharu dan berterima kasih.

6 comments:

etuza berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

Asalam
Suka pula tengok songkok tu.. syukran lah ya..

CikHaniBhulat berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

cantik songkok..xberaya dgn songkok la kalo tak ye...hilang kacak!

Cahya Qasehnya berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

ehe. lawa songkok tuh

Liza @ Adzriel AB berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

cantik songkoknya. nyaris saja saiznya boleh ngam. barulah nampak segak bila bersongkok. raya yg sempurna. salam aidilfitri.

IsmailDotCom berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

Etuza,CikHaniBhulat,Cahya Qasehnya,Liza@AdzrielAB : Terima Kasih atas komen anda semua

Cik Rose Cute berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

camna boleh tertinggal hihihi

Catat Ulasan