Isnin, 5 September 2011

Komputer Tidak Hidup... ???


Salam kawan-kawan semua. Isz pasti semua pembaca dan kawan-kawan mempunyai komputer samada laptop atau pun PC. Topik hari ini Isz nak berkongsi cerita mengenai atau pun langkah-langkah awal mengapa Komputer tak hidup !!! Ini Isz nak kongsi pengalaman dan cerita sikit. Kelmarin Isz balik dari kampung pulang ke rumah nak on Komputer / PC tidak hidup? Apakah langkah-langkah awal yang perlu kita buat?

Sesebuah komputer peribadi (PC) seperti gambar di atas mempunyai CPU, Monitor, Keyboard & Mouse. (Komputer di rumah Isz)
 
  1. Semak satu persatu semua wayar sambungan pada belakang PC, jangan ada yang longgar atau tidak bersambung. Seperti gambar di atas.
  2. Cuba ON semula komputer. Jika komputer masih tidak hidup atau lampu pada CPU tidak menyala teruskan langkah 3. Sila pastikan adakah lampu monitor menyala ke tidak?
  3. Tanggalkan semua kabel/wayar di belakang PC, kecuali Kabel kuasa atau "Power Cord", kabel kuasa yang berwarna putih/hitam. Cuba ON semula komputer. (Sila pastikan power soket/extension berfungsi dan aliran elektrik ada mengalir). Jika Komputer boleh ON, ini bermakna ada salah satu wayar penyambung ke CPU anda yang rosak. Semak satu demi satu alat yang bersambung ke CPU.

4.  Jika Komputer masih tidak menyala sila semak kabel kuasa samada masih berfungsi atau fius dah terbakar. (kabel kuasa di sebelah berwarna putih). Jika ada kabel kuasa lain sila pastikan kabel berfungsi. Ada juga sesetengah menggunakan kabel kuasa Periuk Nasi atau Cerek air panas sama rupa dengan kabel kuasa komputer, boleh juga digunakan. 

5.  Jika komputer masih tidak menyala, kemungkinan besar Power Supply pada CPU anda rosak. Sila hantar ke kedai komputer yang berdekatan untuk dibaikpulih


Jika semasa langkah 4, elektrik rumah anda tiba-tiba terpadam dan berlaku letupan kecil pada komputer jangan panik. Cabut kabel kuasa perlahan-lahan dan pastikan tangan anda kering.  Sila dapatkan nasihat pakar elektrik yang berdekatan. Ini berlaku adalah kerana Power Supply pad CPU anda rosak atau teroksida kerana lama tidak digunakan ATAU ada serangga, lipas, cicak yang telah bersarang di dalamnya.

Gambar di atas menunjukkan kepala Kabel Kuasa "Power Cord" yang boleh di tukar fius 13A. Kebanyakan kabel kuasa komputer tidak boleh tukar fius.

P/S : Isz tidak bertanggungjawab jika terdapat sebarang masaalah apabila pembaca mengikuti atau meniru langkah-langkah diatas. Sila dapatkan nasihat pakar jika tidak pasti.

12 comments:

Mieja berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

selamat hari raya..... ^^

Saiful Bakhtiar berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

info yg berguna ni

anakcikbob berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

boleh jer kot.. sebab biasanya plug 3 pin jenis camni 13 amp, 240/250V. aku dulu kaalu xjumpa power supply yg asal, aku hentam je mana yg aku jumpa. kehkehkeh..

Amelia berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

takde masalah ni.. tp msalah internet xsmpi kat laptop ==

caliph shuriken berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

ada masa pc nk manja2 sikit.. tambah2 bila byk hari kita x on pc tu, huh...

ewanrani berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

wah info yang berguna...leh repair computer sendiri lepas nie ek...

entries terhangatt>>
GAMBAR TERBARU PERODUA MYVI 1.5 EXTREME....TERBAIKK...


Shah berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

@Asmiza Misram
Selamat Hari Raya juga !!!

Shah berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

@Saiful Bakhtiar
Terima Kasih, jemput datang selalu.

Shah berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

@marina anakcikbob
Biasanya cerek air dan periuk nasi elektrik sama dengan cable power PC, pun boleh guna juga.

Shah berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

@Mialia
Insyaallah boleh sampai guna broadband ke line streamyx ? kalau tak dapat juga isz cadangan duduk kat MCD aje.....

Shah berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

@caliph shuriken
betol tuh, ingatkan kita aje tahu manja2.........

Shah berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

@ewanrani
Isyaallah boleh !!! Malaysia boleh !!

Catat Ulasan