Jumaat, 31 Oktober 2014

Taman Negara Johor Tanjung Piai Pontian


Taman Negara Johor Tanjung Piai terletak 90km ke selatan bandaraya Johor Bahru, keajaiban alam semulajadi Tanjung Piai telah diwartakan sebagai Taman Negara. Ia mempunyai kawasan paya bakau yang cantik, penting untuk pertahanan mereka, juga merupakan kawasan penting untuk memastikan kelangsungan hidup pelbagai hidupan di paya bakau. Ia juga melindungi tanah daripada pukulan ombak laut yang ganas.


Saksikan ikan tembakul yang bermata besar, kera yang lucu, burung-burung liar dan hidupan liar yang lain. Platform kayu dan batu dibina di sepanjang taman negara untuk membenarkan pengunjung melihat pelbagai habitat yang disokong oleh paya bakau ini. Pastikan anda memakai kasut yang sesuai untuk ke sini.


Dihadapan pintu masuk utama Taman Negara Johor Tanjung Piai

Di kaunter tiket masuk, RM 5 untuk Dewasa dan Kanak-kanak bawah 6 Tahun percuma, sila bawa bersama Mykad dan Mykid

Penunjuk jalan di hadapan pintu masuk selepas kaunter tiket

Tugu Taman Negara Johor

Di kompleks pelawat terdapat ruang informasi, cenderahati dan bilik tayangan

Sedang menuju ke Penghujung Selatan Tanah Besar Asia

Tapak Ramsar 1289 dan Penghujung Tanah Besar Asia

Pemandangan jelas dari atas Jeti sebuah Pulau karimun Indonesia

Pesisir pantai hutan paya bakau

Pokok-pokok bakau yang hijau subur.

Menara pemerhati dapat melihat pandangan yang jelas dari tempat tinggi. 

Sesiapa yang ingin menginap di kawasan ini terdapat sebuah pusat peranginan berdekatan iaitu Tanjung Piai Resort. Jangan lupa kepada kaki pancing sila bawa peralatan memancing.

7 comments:

Calrase Patrick berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

saya tidak pernah pergi sana hehe...

nurkaloi berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

nice sharing..x pernah tahu psal kcantikan taman negara ni

Shah berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

Jomlah pergi...banyak lagi tempat-tempat menarik di johor

Shah berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

Thanks jane...mungkin kurang publisiti...banyak orang tak tahu.

Syamimi Saad berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

Bila la nak sampai ke sana..

Shah berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

Ada rezeki sampai lah sini....kena planning terbaik sebelum turun johor

Invisible Me berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

Hehe. Ada baca jugak dalam blog Kak Mia :)

Catat Ulasan