7 Bunga Yang Sangat Beracun
1. Autumn Crocus
Bunga ini juga merupakan salah satu tumbuhan paling beracun di dunia, mungkin ini yang paling beracun. Mengandung colchicine, racun yang terkandung di dalam bunga ini sejenis dengan arsenik yang tidak ada ubatnya. Keracunan tanaman ini dapat menyebabkan penyakit jantung dan hilangnya tekanan darah.
2. Oleander
Oleander dikenali sebagai salah satu tanaman yang paling beracun di bumi, sering digunakan untuk bunuh diri. Berbagai macam racun terkandung di seluruh bahagian tanaman ini, seperti Oleandrin dan neriine, menyebabkan gangguan sistem saraf, gangguan pencernaan, dan sistem peredaran darah, dimana ke semua itu terjadi secara serentak. Mangsa akan mengalami gejala kehilangan kesedaran, tubuh bergetar, rasa sakit, koma, hingga kematian. Getahnya dapat menyebabkan iritasi kulit dan kekaburan pada mata.
3. Rhododendron
Tanaman ini apabila musim berbunga kelihatan sangat indah sekali. Dalam sebuah rakaman, menceritakan tingkah laku yang aneh pada sejumlah kumpulan berbangsa Inggeris semasa memakan madu dari bunga ini. Rhododendron mengandung andromedatoxin yang menyebabkan muntah, rasa sakit yang hebat kejang-kejang hingga menyebabkan kematian.
4. Angel's Trumpet
Jangan terkejut dengan namanya, tanaman ini mengandung racun yang sangat bahaya untuk manusia mahu pun haiwan. Bunga ini terkenal sebagai halusinogen yang sangat kuat kerana mengandungi zat tropane alkaloids.
5. Belladona
Dikenali sebagai salah satu tumbuhan paling beracun di Barat Hemisphere, Belladona mengandung tropane alkoids yang berpotensi membahayakan. Seluruh bahagian tanaman ini berbahaya, tapi bahagian yang paling berbahaya adalah buahnya yang sepertinya sedap dimakan, tapi membahayakan manusia. Akibat dari racun bunga ini adalah pupil mata membesar, penglihatan menjadi kabur, sakit kepala, berhalusinasi dan kegilaan. Atropine racun yang terkandung di dalam bunga ini mengganggu sistem saraf menyebabkan gangguan pernafasan, berpeluh dan berdegup jantung.
6. Lyly of the valley
Lyly of the valley kelihatan sangat cantik dan nampak tidak berbahaya. Menggunakan satu atau dua dari bunganya yang berbentuk bell tidak akan menyakiti orang dewasa. Apabila dimakan dalam jumlah sangat banyak, bunga ini boleh menyebabkan rasa sakit di mulut, muntah-muntah, kejang di seluruh tubuh, dan diare. Racun di bunga ini juga menyebabkan disfungsi jantung dan degup jantung yang lemah.
7. Daphne
Bunga daphne juga dikenali dengan nama lady laurel atau tanaman surga. Seluruh bahagian dari bunga ini beracun, tapi bahagian yang paling beracun terdapat pada getah dan buahnya. Daphne mengandung mezerine dan daphnin, merupakan racun kuat yang akan menyebabkan sakit perut parah, sakit kepala, diarhea, kegilaan, dan sawan. Jika buah daphne diguna secara berlebihan, akan menyebabkan koma malah boleh menyebabkan kematian.
sumber : email
13 comments:
bunga lily paling cantik~x sangka pula beracun ye~bentuk dia mcm loceng~
Umm.. jadi bunga bunga ni semua tak boleh dipegang atau dihidu ke? sebab mungkin kalau kita bau/pegang dia, nanti terkena raun?
WAH..CANTIK2 BUNGAN SOB....
salam
www.dhenyshare.com
# 4; angel's trumpet tu selalu nampak tepi jalan, merbahaya punya tanaman rupanya huhuhu ...
tetap cantik walau beracun
wahhh....cantik... 'tp berbisa'...
@ qasih nadira Memang cantik tapi beracun
@Sarah . . . jangan sesekali sentuh,hidu kerana beracun
@DHENYSHARE Tengok aje bisa sobat...jangan di sentuh
@Azizan Zolkipli untuk mencantikkan landscape aje...tengok boleh jangan sentuh
@pelangi sepi Cantik di pandang di sentuh jangan
@Xarruc terima kasih singgah komen
cantik tapi beracun,.tengok aje la
Catat Ulasan