Ahad, 1 Januari 2012

Azam Tahun Baru 2012....

Azam tahun baru 2012 ni, Isz akan menyambung pengajian di bidang elektrik secara sepenuh masa. Dulu Isz belajar di bidang teknikal komputer, tetapi minat yang mendalam di bidang elektrik membuatkan Isz ingin kotakan hasrat di hati. Isteri Isz pula akan habis belajar pada bulan April 2012 (genap 4 tahun dia belajar secara jarak jauh di OUM Johor).

Banyak juga persiapan yang Isz telah buat selain daripada beli motor baru, kelengkapan peralatan motor, pakaian dan akhir sekali kasut baru. Kasut yang lama, Nike tu dibeli pada tahun 2007, masih boleh guna lagi. Cuma kalau ada kasut baru ini, akan lagi semangat lah Isz nak belajar nanti.

Kasut baru ni,Isz beli di Jusco Bukit Indah semalam. Harganya hampir RM90.00. Banyak kasut yang cantik-cantik tetapi tiada saiz Isz. Saiz Isz saiz 12.



Esok dah mula nak belajar ni, tak sabarnya... Semangat berkobar-kobar...

2 comments:

belia bangkit berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

susah oo blajo elektrik..tp yakin pada diri, pasti bole...

IsmailDotCom berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

@belia bangkit
Terima Kasih...susah payah akan aku harungi jua....

Catat Ulasan