Khamis, 26 Januari 2012

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)

SEBAHAGIAN daripada lebih 10,000 ribu pengunjung yang hadir untuk mendapatkan maklumat pada majlis pelancaran Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 12 Januari 2012 - Foto Rosdan Wahid

Skim amanah khas bantu 100,000 isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan

KUALA LUMPUR: Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan semalam akan memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dengan jaminan pulangan antara RM5,000 hingga RM13,000 selepas lima tahun.

Setiap pelabur dibenarkan melabur maksimum RM5,000 menggunakan wang sendiri atau pinjaman dengan tempoh bayaran balik 60 bulan daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian, iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), Malayan Banking Berhad, CIMB Bank Berhad dan RHB Bank Berhad.

Permohonan dibuka selama setahun mulai 30 Januari atau sehingga semua peruntukkan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.

Kerajaan menyediakan peruntukan subsidi sebanyak RM100 juta melalui Malaysia Development Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan kerajaan untuk menguruskan SARA 1Malaysia. 

Syarikat itu akan membuat pinjaman bernilai RM500 juta daripada bank tempatan bagi membolehkannya melabur sebanyak 500 juta unit dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang pulangannya diagihkan kepada pelabur SARA 1Malaysia setiap bulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika melancarkan skim itu semalam, berkata, pendapatan bulanan setiap pelabur SARA 1Malaysia adalah terjamin, iaitu RM134 sebulan bagi yang melabur menggunakan wang simpanan sendiri, manakala yang meminjam memperoleh RM50 sebulan selepas ditolak RM84 bayaran balik. 

“Jika kita menggunakan pendapatan itu (daripada pelaburan) untuk membayar balik pinjaman, kita dapat RM50 setiap bulan dan RM5,000 lagi pada akhir lima tahun.

“Saya kira sukar untuk mendapat pakej seperti ini di mana-mana tempat lain di dunia... sebab itulah kita melancarkan produk ini kerana ia memberi manfaat besar. Hari ini adalah hari yang bersejarah, falsafah 1Malaysia diterjemahkan dalam bentuk produk untuk rakyat teramai,” katanya.

Majlis turut dihadiri kira-kira 10,000 tetamu, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Skim khas itu mempunyai ciri kelainan menarik yang tidak pernah diwujudkan, iaitu satu produk pelaburan hibrid dalam unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan secara konsisten.

SARA 1Malaysia diperkenal untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah dalam tabungan dan pelaburan, selain membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup. 

Najib juga berkata, skim itu adalah satu lagi usaha kerajaan untuk membela kepentingan rakyat seperti subsidi beras, tepung dan petrol RON95 yang dapat dibeli pada harga rendah. 

Sertai Peraduan Photo Konsep Baru Petronas
Dapatkan iPhones, iPads, Samsung Tabs & lain-lain di Sold.my

Sumber :
SARA 1Malaysia
Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Shahrizan Salian
bhnews@bharian.com.my
2012/01/13

7 comments:

Rawlins GLAM berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

Singgah membalas kunjungan
Watpe tu?
Kunjung ke entry saya

Dhenny's Woo berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

iklan anda sudah saya klik,
mohon klik iklan saya juga y....
trimakasih.........

senses of soul berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

Apa lagi, undilah BN hahaa

Shah berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

@DHENYSHARE Udah beres donk

Shah berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

@senses of soul...Hehehe...Undi adalah rahsia

Shah berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

@Rawlins Ichigo Takashi Lutz Jalan blog rakan2

Tanpa Nama berkata... Best Blogger Tips[Balas Komen]Best Blogger Templates

klu BN bukan kerajaan 5 tahun akan dtg..apa akan jd dgn skim ni???

Catat Ulasan