Sabtu, 7 Januari 2012

Segmen Pencarian 10 Orang Follower by Ratu Zuleyqha



Isz nak join segmen ni... Nampak macam best dan tidak menyusahkan. Dah follow dan like FB Page Eqha. Klik banner segmen untuk join ya...

Syarat-syaratnya (copy dari entri segmen):


  • Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian 10 Orang Follower by Ratu Zuleyqha"
  • Tepekkan header lama eqha kat atas tu dan linkkan URL ke blog eqha. Klik SINI.
  • MESTI follow eqha
  • LIKE fanpage eqha ( kalau tak nak pon tak mengapeee )
  • Tekan iklan churp churp eqha ( tak wajib )
  • Tak perlu tag kawan kawan ( eqha tau macam mana peritnya nak tag orang )
  • Tinggalkan URL entry korang di kotak komen eqha. Klik SINI.

>>> Baca Selanjutnya...

Lagu Cemerlang Gemilang Terbilang

Lagu Cemerlang Gemilang Terbilang


*Ke Puncak Penuh Ke Keagungan
Ke Lembah Penuh Kemuliaan
Satu Hati
Satu Rasa 
Impian Pasti Menjadi Nyata

Demimu Malaysia Tercinta
Kami Menggengam Tekad
Membawa Bangsa Negara
Ke Puncak Keagungan

Demi Bangsa
Demi Negara
Ayuhlah Kita Bangkit Berjuang

Maju Bangsa
Maju Negara 
Kita Di Pandang Mulia

Cemerlang Gemilang Terbilang
Negara Dan Juga Bangsa
Mari Buktikan Pada Dunia
Malaysiaku Berjaya

( * Ulang Dari Mula )

Cemerlang Gemilang Terbilang


Nak dengar? Klik SINI.
>>> Baca Selanjutnya...

Jumaat, 6 Januari 2012

Lagu MARA (Majlis Amanah Rakyat)

Lagu MARA ( Majlis Amanah Rakyat )



MARA Pemegang Amanah Bumiputera
Beri Galakan Memajukan Usaha
Menjunjung Hasrat Mencipta Bahagia
MARA Tetap Bersedia
Dan Rakyat Makmur Sentiasa

* MARA Akan Sentiasa Memberi Segala Dorongan
Menciptakan Kemakmuran Rakyat Menjadi Tujuan
MARA Lah Maju Wahai Rakyat Jelata
Maju MARA Maju Jaya
Negara Makmur Sentiasa

( * Ulang x 1 )

Nak dengar? Klik SINI.
>>> Baca Selanjutnya...

Khamis, 5 Januari 2012

Lagu Warisan - Anak Kecil Main Api

Lagu Warisan - Anak Kecil Main Api



Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara

Nak dengar? Klik SINI.
>>> Baca Selanjutnya...

Selasa, 3 Januari 2012

MYRAVEA : Segmen Warna Pilihan Untuk Blogku


First time, Isz join segmen pula kali ini. Nasib baik tidak perlu tag blogger lain. Bukannya apa, mana tahu ada yang tidak suka dipaksa join bila dah di tag nanti. Lagi best kalau segmen tu mudah dan tidak terlalu cerewet. Confirm ramai yang akan join.

Warna pilihan Isz ialah hijau. Blog Isz pun warna hijau. Hijau ini kalau pandang lama-lama terasa sejuk dan nyaman. Kalau marah-marah, nampak warna hijau sahaja terus cool dan tak jadi marah. Hijau ni pula memang favourite Isz sejak dulu lagi. Warna bilik tidur di rumah pun hijau, dapat menenangkan jiwa dan tenteramkan minda. 

Syarat-syarat segmen telah pun Isz tunaikan. Kalau ada sesiapa yang berminat, sila klik header MyRavea di atas.
>>> Baca Selanjutnya...

Ahad, 1 Januari 2012

Azam Tahun Baru 2012....

Azam tahun baru 2012 ni, Isz akan menyambung pengajian di bidang elektrik secara sepenuh masa. Dulu Isz belajar di bidang teknikal komputer, tetapi minat yang mendalam di bidang elektrik membuatkan Isz ingin kotakan hasrat di hati. Isteri Isz pula akan habis belajar pada bulan April 2012 (genap 4 tahun dia belajar secara jarak jauh di OUM Johor).

Banyak juga persiapan yang Isz telah buat selain daripada beli motor baru, kelengkapan peralatan motor, pakaian dan akhir sekali kasut baru. Kasut yang lama, Nike tu dibeli pada tahun 2007, masih boleh guna lagi. Cuma kalau ada kasut baru ini, akan lagi semangat lah Isz nak belajar nanti.

Kasut baru ni,Isz beli di Jusco Bukit Indah semalam. Harganya hampir RM90.00. Banyak kasut yang cantik-cantik tetapi tiada saiz Isz. Saiz Isz saiz 12.



Esok dah mula nak belajar ni, tak sabarnya... Semangat berkobar-kobar...
>>> Baca Selanjutnya...